Kakak maut, dua adik lelaki parah dirempuh Toyota Hilux

Kakak maut, dua adik lelaki parah dirempuh Toyota Hilux

SUNGAI PETANI: Seorang remaja perempuan maut manakala dua adik lelakinya parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Sidam Kiri di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, mangsa berumur 17 tahun yang menunggang motosikal tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Sementara itu, dua adik lelakinya berumur 9 dan 11 tahun yang membonceng motosikal jenis Demak pula cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, pemandu Toyota Hilux berumur 34 tahun dan bekerja sendiri itu tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memberitahu, kejadian berlaku semasa motosikal yang dinaiki tiga beradik itu melintas jalan untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Sapi, Padang Buluh, Padang Serai di sini.

“Motosikal itu melintas secara tiba-tiba sebelum dirempuh oleh pemandu Toyota Hilux terbabit yang dalam perjalanan dari arah Sungai Petani menghala ke Padang Serai.

“Akibat pelanggaran pada jarak yang dekat, tiga beradik itu yang tidak memakai topi keledar tercampak ke tengah jalan dan remaja perempuan itu meninggal dunia serta merta di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Adzli berkata, motosikal mereka mengalami kerosakan teruk di bahagian sisi dan hadapan manakala Toyota Hilux berkenaan turut mengalami beberapa kerosakan pada bahagian hadapannya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Utusan

Kakak maut, dua adik lelaki parah dirempuh Toyota Hilux


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker