Saya tak akan menyorok dalam terowong dasar laut – Ka Siong

Sebaran :

Saya tak akan menyorok dalam terowong dasar laut – Ka Siong

Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, beliau pastinya menyahut cabaran untuk berbahas dengan Lim Guan Eng tentang Dasar Kabotaj dan sama sekali tidak akan lari atau menyorok dalam terowong dasar laut.

Menteri Pengangkutan itu membuat kenyataan tersebut selepas Ahli Parlimen Bagan melenting, menjerit dan berdrama lagi di dalam Dewan Rakyat.

Puncanya apabila Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan waktu pertanyaan lisan sudah tamat.

Sesi pertanyaan lisan hari ini hanya setakat soalan kesembilan sahaja.

”Kebetulan Soalan 10 adalah mengenai Dasar Kabotaj yang ditanya oleh YB Ahli Parlimen Muar dan saya juga telah pun bersedia untuk menjawabnya.

”Sebelum itu, pada jam 11.55 pagi, YB Ahli Parlimen Jelutong tiba-tiba membangkitkan Peraturan Mesyuarat Dewan ketika Ahli Parlimen Bintulu baru selesai menanyakan soalan tambahan bagi soalan 9. Ini yang menyebabkan kelewatan sehingga menjangkau ke jam 12 tengah hari,” jelas Ka Siong.

Menurut beliau, sekiranya soalan lisan ke-10 mengenai Dasar Kabotaj sempat dijawab olehnya, maka sudah pasti akan menyahut cabaran untuk berbahas dengan Lim Guan Eng.

Beliau berkata, apabila Kabinet memuktamadkan Dasar Kabotaj pada bulan ini, maka satu keputusan kerajaan secara kolektif akan dicapai.

”Maka, bolehlah saya mengaturkan tarikh yang sesuai untuk membicarakan dan mengupas isu ini secara profesional di mana-mana saluran TV atau mana-mana rangkaian media. Kita guna Bahasa Malaysia untuk semua rakyat faham tentang Dasar Kabotaj ini. Inilah jawapan saya kepada Speaker Dewan Rakyat jika ditanya.

”Guan Eng, sila baca hansard ucapan penggulungan usul menjunjung kasih Titah Diraja pada 22 September 2021 yang menyebut Dasar Kabotaj dimuktamadkan di dalam Jemaah Menteri pada awal bulan Oktober selepas menerima ulasan daripada semua kementerian dan agensi yang berkaitan,” ujarnya.

Ka Siong mengingatkan sebelum ini Guan Eng yang tidak berani berdebat dengannya sebanyak dua kali.

”Pada awal tahun 2018, saya mencabar Lim Guan Eng yang juga mantan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk berdebat tentang skandal terowong dasar laut. Tapi, beliau jadi “pengecut” dan berkata saya tidak layak berdebat dengan beliau kerana saya masih belum menjadi presiden parti.

”Apabila saya menjadi presiden parti ketika menjadi pembangkang pada tahun 2019, saya sekali lagi mencabar beliau untuk berbahas dan berbicara di TV tentang isu peruntukan dana kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) digugurkan dari Belanjawan 2019 dan 2020. Guan Eng sekali lagi mencari helah enggan berbicara,” ujar beliau. MG

Saya tak akan menyorok dalam terowong dasar laut – Ka Siong


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tindakan Achey Bocey bantu warga asing dipuji (Video)


Sebaran :

Leave a Reply