Dakwaan seksual babitkan Ebit Lew: Saksi, mangsa diminta tampil

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi meminta saksi termasuk mangsa berkaitan dakwaan gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal tampil bagi membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, ini susulan bagi membolehkan pihaknya untuk merakam percakapan dalam siasatan kes tersebut.

“Siasatan masih berjalan. Kita minta saksi-saksi yang mempunyai maklumat untuk tampil kepada pihak polis.



“Sehingga kini, beberapa individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan,” kata­nya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Jumaat lalu, Ebit Lew sekali lagi dipanggil ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman bagi diambil ke­terangan.

Pendakwah berusia 37 tahun itu hadir bersama isterinya untuk disoal siasat Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wa­nita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman.

Terdahulu, polis mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan ekoran video dan mesej lucah yang tular dalam aplikasi Telegram didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal.



Siasatan itu dijalankan di ba­wah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Pada masa sama, kata beliau, kes berkenaan juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ekoran penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Sebelum ini, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew telah dipanggil untuk me­rakam keterangan percakapannya di Bukit Aman pada Ogos lalu.

Siasatan membabitkan Ebit dijalankan di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



Dakwaan seksual babitkan Ebit Lew: Saksi, mangsa diminta tampil


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ebit Lew muncul selepas lama menyepi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker