Anak tetak mati ibu bapa lepas sembang hal ketuhanan

Anak tetak mati ibu bapa lepas sembang hal ketuhanan

LIPIS: Perbualan mengenai agama dan ketuhanan, berakhir dengan tragedi apabila sepasang warga emas maut ditikam dan dikelar oleh anak sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.55 malam di Kampung Kemahang dekat Benta itu, pasangan terbabit maut selepas ditikam dan dikelar suspek di bahagian leher.



Kejadian menyebabkan pengawal keselamatan, Mohammad Maasai, 68, dan isterinya, Zailan Zainudin, 64, pesara penyelia asrama, ditemui mati di lokasi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata siasatan awal mendapati anak mangsa berusia 34 tahun yang juga seorang penganggur berada di tempat kejadian ketika pembunuhan berlaku.

“Suspek adalah anak pasangan itu dan lokasi kejadian berlaku kira kira 150 meter daripada Jalan Besar Kemahang Benta.

“Kejadian dipercayai berlaku pada 11.55 malam di rumah keluarga terbabit, ketika suspek bersama ibu bapanya sedang berbual.



“Ketika wanita warga emas itu masuk ke dalam bilik, suspek terus berborak dengan bapanya mengenai ilmu agama dan ketuhanan,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek dikatakan ternampak mata bapanya menjadi hitam dan seakan-akan mahu menyerangnya, menyebabkan suspek mengambil parang dalam bilik sebelum bergelut dan menetak warga emas itu.

“Ibu suspek yang menyedari kejadian itu menghampiri suaminya dan cuba membantu tetapi diserang oleh suspek dengan menetak dan menikam leher dan kepala mangsa.

“Wanita itu berusaha menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah tetapi rebah berhampiran pagar kediaman itu. Suspek kemudiannya lari rumah berkenaan sebelum berjalan kaki hingga ke tepi jalan besar,” katanya.



Azli berkata, ketika ditahan oleh penduduk, suspek berada dalam keadaan bogel serta berlumuran darah.

Katanya, seorang penduduk kampung yang meninjau rumah keluarga itu menemui mangsa (Mohammad) terbaring di lantai dalam keadaan berlumuran darah dan sudah meninggal dunia.

“Ibu suspek pula ditemui terbaring di atas rumput dan tidak bernyawa di luar rumah mereka,” katanya.

Katanya, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. BH



Anak tetak mati ibu bapa lepas sembang hal ketuhanan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker