Melaka: Tiada lagi alasan untuk tunda demokrasi



Sebaran :

Melaka: Tiada lagi alasan untuk tunda demokrasi

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin berpendapat ketika ini tiada lagi sebarang alasan untuk menunda proses demokrasi susulan krisis politik yang berlaku di Melaka.

Menyokong saranan presiden Umno supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan, Khaled berkata, rakyat wajar diberi kesempatan memilih siapa yang selayaknya mewakili mereka dan seterusnya menentukan calon yang sebaiknya memimpin Melaka.

“Saya menyokong saranan presiden Umno agar kemelut ini diselesaikan dengan membubarkan DUN Melaka.



“Kadar vaksinasi yang hampir menyeluruh di seluruh negara sudah membolehkan suatu pilihan raya diadakan segera.

“Tiada alasan lagi untuk menunda proses demokrasi apabila mandat rakyat terus dibelakangkan oleh beberapa Adun yang berkepentingan,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Terdahulu, Adun Sungai Udang, Idris Haron yang juga bekas ketua menteri Melaka dan bersama tiga Adun lain mengumumkan hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali dan seluruh kepimpinan negeri kerajaan.

Susulan itu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyarankan agar DUN Melaka dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negeri itu.



Menurut Ahmad Zahid, wajar mandat dikembalikan kepada rakyat untuk menentukan kerajaan baru untuk memimpin Melaka.

Katanya, dia tidak hairan jika kehilangan kerajaan yang dipimpin oleh parti pimpinannya.

Sementara itu Khaled berkata, krisis politik di Melaka menunjukkan betapa undang-undang untuk membataskan lompat parti dan mengadakan pilihan raya pecat sangat diperlukan di negara ini. Mk

Melaka: Tiada lagi alasan untuk tunda demokrasi




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta


Sebaran :


Leave a Reply