Baru Dipanggil Jadi Saksi Pendakwaan Ke-9 Kes Skandal Terowong Dasar Laut, Semalam Ditemui Mati

Oleh Nurul Aisyah

KEHIDUPAN Datuk Ewe Swee Kheng, CEO pemaju harta tanah Ewein Group, berakhir dengan penuh tragis. Menurut sumber, beliau baru sahaja dipanggil untuk menjadi Saksi Pendakwaan Ke-9 di dalam kes rasuah terowong bawah laut mantan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Namun belum sempat beliau menjalankan tugas sebagai saksi ke 9, SK Ewe ditemui mati. Beliau dikatakan terjatuh daripada tingkat atas sebuah kondominium mewah di Pulau Tikus Pulau Pinang.



Harian China Sin Chew melaporkan bahawa Ewe Swee Kheng jatuh dari tingkat 17 sebuah pangsapuri mewah pada pukul 2 pagi, dan mayatnya jatuh dalam kolam renang.

Sementara itu, menurut sumber berasingan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa Ewe telah menjadi saksi pendakwaan dan mengatakan bahawa ia telah dimaklumkan mengenai kematiannya.

Ewe adalah pengarah urusan pemaju hartanah yang berpangkalan di Pulau Pinang, Ewein Bhd.

Dia ditangkap oleh SPRM pada tahun 2018 sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap projek terowong bawah laut.



Dalam perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menghadapi empat tuduhan meminta rasuah dan penyalahgunaan kuasa berhubung dengan pembinaan terowong bawah laut dan jalan bernilai RM6.3 bilion. Pembinaan tersebut adalah usaha sama antara kerajaan negeri dan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Desas desus bertiup kencang mengaitkan kematian SK Ewe dengan kes skandal terowong bawah laut. Oleh itu, pihak berkuasa diminta menyiasat perkara ini dengan penuh teliti. Sekiranya terdapat unsur jenayah pembunuhan maka individu tersebut dapat dibawa ke muka pengadilan.

Related Articles

One Comment

  1. sib baik dier xtrjun ms kt building sprm mcm beng hock. klu x msti sprm yg kne tuduh… wakakakaka

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker