Parti liar atas kapal persiaran, anak Shah Rukh Khan ditahan

Parti liar atas kapal persiaran, anak Shah Rukh Khan ditahan

ANAK lelaki kepada bintang Bollywood, Shah Rukh Khan, iaitu Aryan Khan ditahan polis India dalam satu serbuan dadah di atas kapal persiaran di Mumbai, India.

Dalam serbuan tersebut, Aryan,23, dan tujuh lagi individu ditahan oleh anggota polis Biro Kawalan Narkotik (NCB) yang melakukan penyamaran ketika melakukan serbuan di atas Cordelia ketika kapal itu berlayar menuju ke Goa.

Aryan ditahan kerana dipercayai terbabit menggunakan, membeli dan menjual bahan terlarang.

Pegawai NCB mendakwa merampas sejumlah dadah termasuk MDMA, ekstasi, kokain, mephedrone dan ganja daripada suspek yang terdiri daripada dua pengedar dadah dari Delhi dan Haryana.

Seorang Pegawai NCB yang enggan mendedahkan identiti berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai dakwaan parti dadah dan menghantar pegawai polis menyamar sebagai penumpang kapal yang berlepas pada malam Sabtu itu.

Bagaimanapun, kapal itu dibenarkan meneruskan perjalanan selepas penangkapan lapan suspek itu dibawa ke darat. Utv

Parti liar atas kapal persiaran, anak Shah Rukh Khan ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker