Pemandu forklift ditahan cabul kanak-kanak

Pemandu forklift ditahan cabul kanak-kanak

KLANG – Seorang pemandu jentera forklift ditahan selepas mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di kawasan bangunan lama sebuah kolej swasta di Pulau Indah, semalam.

Suspek berusia 23 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 8.30 malam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek telah memeluk dan cuba meraba payudara mangsa.

Katanya, sekumpulan orang awam kemudiannya telah berjaya menahan suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Siasatan mendapati suspek bekerja sebagai pemandu forklift kepada salah sebuah gedung perabot.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah termasuk memilik barangan terlarang itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas beliau, hasil siasatan awal juga mendapati suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut dan kini direman selama dua hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017. K Online

Pemandu forklift ditahan cabul kanak-kanak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker