Bekas Pelakon Filem Lucah Tikam Anak Umur 2 tahun Kerana Balas Dendam

Sebaran :

Bekas Pelakon Filem Lucah Tikam Anak Umur 2 tahun Kerana Balas Dendam

KEJAM!

Begitulah gambarannya mengenai kisah seorang wanita yang ditahan atas dakwaan membunuh anak sendiri.

Katalin Erzsebet Bradacs, 44, dari Hungary didakwa menikam anaknya yang berusia dua tahun sebelum mayat diletakkan di sebuah pusat beli-belah pada Jumaat lalu.

Bekas pelakon filem lucah itu didakwa meletakkan mayat anaknya di atas sebuah kaunter sebelum bertindak menjerit meminta pertolongan.

Siasatan mendapati terdapat sembilan kesan tikaman pada dada dan kaki kanak-kanak tersebut.

Wanita itu kemudiannya ditahan selepas polis menemui pisau di dalam beg yang dibawanya ketika cuba berlalu dari lokasi kejadian.

Dalam pada itu, pihak penyiasat percaya suspek bertindak demikian untuk membalas dendam kepada bapa anaknya gara gara isu hak jagaan yang tidak berkesudahan.

Namun, wanita itu yang kini sedang ditahan menafikan bahawa dia merupakan dalang disebalik pembunuhan tersebut. -Daily Star.

Bekas Pelakon Filem Lucah Tikam Anak Umur 2 tahun Kerana Balas Dendam


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Melaka: Tiada lagi alasan untuk tunda demokrasi

Dua kemungkinan natijah krisis Melaka

 


Sebaran :

Leave a Reply