Habibul Rahman ambil tindakan undang-undang terhadap Syed Saddiq

Sebaran :

Habibul Rahman ambil tindakan undang-undang terhadap Syed Saddiq

Seorang ahli perniagaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas beliau enggan memenuhi tuntutan permohonan maaf atas tuduhan mengaitkannya dengan satu “rangkaian dedak” yang menawarkan rasuah kepada ahli Bersatu.

Habibul Rahman Kadir Shah berkata, beliau menerusi peguamnya, Tetuan Jahaberdeen & Co telah menghantar satu notis tuntutan kepada Ahli Parlimen Muar itu pada 17 Sept lalu untuk menuntut tiga perkara, iaitu permohonan maaf kerana kata-kata fitnah yang dilemparkan terhadapnya, akujanji untuk tidak mengulangi perkara itu serta tawaran satu jumlah ganti rugi.

Bagaimanapun katanya, Syed Saddiq enggan memenuhi tuntutan itu menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk memulakan tindakan undang-undang.

“Pada 17hb September 2021, saya menerusi peguam cara, Tetuan Jahaberdeen & Co telah menghantar satu notis tuntutan kepada Syed Saddiq untuk menuntut tiga perkara, iaitu penerbitan permohonan maaf beliau kerana menerbitkan kata-kata fitnah terhadap saya dalam sidang media di Hotel Seri Pacific pada 2 Okt 2017, akujanji bahawa beliau tidak mengulangi kata-kata fitnah tersebut dan tawarannya untuk satu jumlah ganti rugi.

“Saya dengan tegas menafikan segala tuduhan jahat yang dilemparkan terhadap saya dan menyatakan bahawa perkara-perkara yang dinyatakan itu adalah fitnah yang amat menjengkelkan.

“Walaupun begitu, Syed Saddiq menerusi peguamnya, Tetuan AmerBON Advocates memaklumkan bahawa beliau enggan memenuhi tuntutan surat peguam saya.

Justeru, saya telah mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadapnya,” katanya dalam kenyataan.

Pada sidang media itu, Syed Saddiq dilaporkan mendedahkan mengenai kewujudan satu rangkaian yang beroperasi untuk menyogok dan mengugut ahli pengasas parti Bersatu.

Rangkaian yang dirujuknya sebagai “rangkaian dedak yang sistematik” itu dikatakan beroperasi untuk melemahkan dan merapuhkan status kewangan individu yang menentang rasuah di Malaysia. FMT

Habibul Rahman ambil tindakan undang-undang terhadap Syed Saddiq


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas


Sebaran :

Leave a Reply