Meeting pakai kain batik, Mat Salleh raih perhatian netizen

Meeting pakai kain batik, Mat Salleh raih perhatian netizen

Bekerja dari rumah sudah menjadi norma baharu di seluruh dunia dan pastinya ada daripada anda yang hadir ke mesyuarat secara ‘online’ dengan memakai baju formal tetapi mengenakan seluar tidur atau hanya berkain batik agar lebih selesa.

Terbaharu, sebuah video TikTok dikongsi oleh pengguna @kevinolearytv menunjukkan dirinya yang sedang berada dalam satu panggilan video. Menerusi video terbabit, dia telah menggayakan baju kameja beserta sut dan memakai kain batik berwarna biru .



Video tersebut mendapat perhatian netizen terutama sekali mereka yang berada di Asia Tenggara. Siapa sangka orang luar negara turut berpakaian sedemikian rupa untuk menghadiri mesyuarat atau ‘conferences’ secara online. Untuk pengetahuan anda, Kevin O’Leary merupakan seorang ahli perniagaan terkenal dan membintangi rancangan realiti TV Shark Tank sebagai pelabur.

Malah, ada juga netizen yang mengatakan batik tersebut dari Malaysia dan ada juga mendakwa ia dari Indonesia. Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan batik seharusnya wanita yang pakai manakala lelaki memakai kain pelikat.



[videopress Hhc5Ab5e]

Para netizen turut berseloroh mengatakan kain batik mereka hilang diambil oleh lelaki terbabit. Malah, ada juga netizen yang tertanya-tanya di mana lelaki tersebut mendapatkan kain batik itu. Vc

Meeting pakai kain batik, Mat Salleh raih perhatian netizen


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker