Penang White Curry Noodles dipilih mee segera terbaik di Amerika

Penang White Curry Noodles dipilih mee segera terbaik di Amerika

Minat kita terhadap makanan segera bukanlah sesuatu yang baharu. Jika kita ke rumah mana-mana rakyat Malaysia, pasti di dalam almari mereka berisi dengan makanan segera seperti mi atau maggi. Minat kita kepada makanan ini terbukti apabila kita menduduki tempat ke-13 di dunia sebagai negara yang tertinggi permintaan mi segera.

Penghargaan ini nampaknya turut dikongsi oleh mereka yang jauh dari Malaysia. Dalam satu laporan terbaharu dari The Strategist, agensi berita di Amerika Syarikat telah meletakkan jenama keluaran MyKuali iaitu Penang White Curry di tempat pertama dalam kategori Mi Sup Segera Terbaik.



Dalam laporan terbabit, difahamkan beberapa chef dan penulis makanan yang profesional telah terlibat dalam menghakimi beberapa makanan segera yang ada di sana. Selain kategori tersebut, para pakar turut menilai mi segera dalam kategori Mi Instan Sup Terbaik, Mie Instan Sedap (Kering) Terbaik, dan Mie Pedas Terbaik.

Penang White Curry mendapat tempat teratas selepas ia diadili oleh Lucas Kwan Peterson yang merupakan kolumnis makanan untuk Los Angeles Times. Difahamkan pada 2019 lagi Kwan Peterson telah mengumpulkan senarai lengkap mi segera yang paling popular mengikut rasa dan kualitinya. Ketika dihubungi oleh The Strategist, Peterson berkata, “Menurut pengalaman saya, anda tidak boleh salah dengan mi segera dari MyKuali. Saya suka MyKuali kari putih Pulau Pinang.”

Untuk pengetahuan anda, MyKuali adalah jenama Malaysia yang lahir pada bulan Disember 2011 di Pulau Pinang. Syarikat ini bertanggungjawab mengeluarkan pelbagai jenis produk mi segera. Rahsia MyKuali dikatakan ada pada penggunaan rempah-rempah tradisional dengan adunan yang sempurna. Untuk rekod, beberapa mi segera keluaran MyKuali telah mendapat pengiktiran antarabangsa. Vc

Penang White Curry Noodles dipilih mee segera terbaik di Amerika




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker