Arab Saudi makin hampir ambil alih kelab Newcastle

Pengambialihan kelab bola sepak Newcastle United oleh Arab Saudi dijangka diluluskan pihak pengurusan Liga Perdana England tidak lama lagi. – Foto Reuters

 

DOHA – Pengambilalihan Arab Saudi ke atas kelab bola sepak Newcastle United di Liga Perdana England semakin hampir menjadi kenyataan apabila negara beraja itu bersedia menarik semula larangan terhadap saluran penyiaran sukan dari Qatar, beIN Sports.

Badan berkenaan sebelum ini memegang hak penyiaran Liga Perdana England di Asia Barat dan Afrika Utara namun diharamkan daripada beroperasi di Arab Saudi pada tahun 2017.

Bagaimanapun, larangan itu yang dilaksanakan berikutan perbalahan diplomatik kemudian berakhir pada Januari lalu.

Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar selepas Riyadh menuduh Doha menyokong kumpulan ekstremis dan dikatakan menjalin hubungan lebih rapat dengan Iran tetapi akwaan itu kemudian dinafikan oleh Qatar.

“Larangan Arab Saudi ke atas beIN akan ditarik balik,” kata satu sumber rapat kepada AFP.

Sebelum ini konsortium yang terdiri daripada Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, PCP Capital Partners dan Reuben Brothers menarik balik tawaran untuk membeli kelab bola sepak Newcastle pada tahun 2020.

Ia berbuat demikian selepas menunggu terlalu lama mengenai keputusan pembelian itu.

Bagaimanapun, menurut laporan di Britain, urusan pembelian kelab itu dari Arab Saudi mungkin mendapat lampu hijau dari pihak pengurusan Liga Perdana England dalam tempoh beberapa jam lagi.

Satu tinjauan yang dilakukan oleh Dana Penyokong Newcastle United mendapati lebih 80 peratus peminat bersetuju dengan pengambilalihan itu. – Agensi

Arab Saudi makin hampir ambil alih kelab Newcastle


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Umno dan PAS Selangor pertegas Muafakat Nasional untuk PRU

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker