Pasangan kekasih jatuh tergolek ketika ingin berpelukan

Kapsyen – Aksi pasangan kekasih ini yang sama-sama terjatuh ketika mahu berpelukan. – TikTok

JAKARTA – Sebuah video yang memaparkan aksi sepasang kekasih yang tergolek ketika ingin berpelukan menjadi tular di aplikasi TikTok dengan ramai netizen meluahkan rasa terhibur mereka melihatkan situasi itu, lapor laman Suara.com semalam.

Aksi yang sepatutnya menjadi romantis itu akhirnya bertukar tragedi selepas kedua-dua mereka tergelincir ketika cuba untuk berpelukan di sebuah lapangan terbang.

Menerusi video tersebut, seorang wanita kelihatan membuka pintu kereta sebelum berlari dengan pantas untuk memeluk teman lelakinya sebaik sahaja terlihat lelaki itu.

Lelaki berkenaan juga telah bersedia untuk memeluk kekasihnya, namun kedua-dua mereka telah tergelincir lalu terjatuh tanpa sempat berpelukan.



Wanita itu masih terus meniarap sebelum dibangunkan oleh kekasihnya dan mereka kemudiannya berpelukan.

Video tersebut telah ditonton lebih 10 juta kali dengan netizen meninggalkan pelbagai komen.

“Mungkin sakitnya tidak berapa terasa, namun rasa malunya itu sehingga tujuh keturunan,” tulis seorang netizen. -AGENSI

Pasangan kekasih jatuh tergolek ketika ingin berpelukan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker