Keputusan permohonan Zuraidah batal saman PKR, 19 November

DAP tunjuk belang sebenar

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi pada Rabu menetapkan 19 November ini untuk keputusan permohonan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin untuk membatalkan saman yang difailkan terhadapnya.

Saman itu difailkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bagi pihak parti terhadap Zuraida pada 28 September 2020 untuk menuntut RM10 juta kerana didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada PKR.

Peguam Muhammad Nizamuddin Hamid, yang mewakili Zuraida, ketika dihubungi Bernama berkata tarikh itu ditetapkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Seri Latifah Mohd Tahar selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak berhubung permohonan Zuraida untuk membatalkan saman itu yang dijalankan secara dalam talian hari ini.



“Mahkamah menetapkan prosiding keputusan itu dijalankan secara dalam talian (e-Review) pada 19 November pukul 3 petang,” katanya dan memaklumkan bahawa permohonan untuk membatalkan saman itu difailkan pada 29 Januari lepas.

Sementara itu, peguam Chiew Choon Man yang mewakili Saifuddin Nasution selaku plaintif ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa sekiranya permohonan tersebut ditolak, kes itu akan diputuskan melalui perbicaraan.

Dalam pernyataan tuntutan, PKR mendakwa Zuraida telah menandatangani suatu bon pada 25 April 2018, yang mengikat dirinya untuk membayar parti sejumlah RM10 juta, berdasarkan terma dan syarat bon tersebut.

Menurut plaintif, antara terma dan syarat bon itu adalah defendan mengakui bahawa parti telah menanggung perbelanjaan yang besar untuk mempromosikan nama PKR dan defendan juga mengakui bahawa dengan melantik defendan sebagai calon dan memberikan kebenaran kepada defendan mengguna pakai logo, lambang, simbol, serta bendera parti, parti telah meningkatkan lagi nilai defendan dalam jumlah yang melebihi RM10 juta.



PKR mendakwa Zuraida telah bersetuju untuk membayar parti sejumlah RM10 juta selewat-lewatnya tujuh hari, sekiranya berlaku beberapa perkara setelah memenangi pilihan raya atas tiket PKR seperti meletak jawatan dari parti atau bergabung dengan parti politik lain atau menjadi wakil rakyat bebas.

Keputusan permohonan Zuraidah batal saman PKR, 19 November


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ahmad Zahid Rungkai Persoalan Muafakat Nasional… ‘Move On’, UMNO Berdepan Realiti Pertahan Demokrasi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker