Ahmad Zahid Rungkai Persoalan Muafakat Nasional… ‘Move On’, UMNO Berdepan Realiti Pertahan Demokrasi

Sebaran :

Ahmad Zahid Rungkai Persoalan Muafakat Nasional… ‘Move On’, UMNO Berdepan Realiti Pertahan Demokrasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merungkai persoalan adakah Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai UMNO dan PAS di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 September 2019 masih wujud?

Ini kerana katanya, ramai bertanya tentang persoalan itu malah beliau telah bangkitkan dalam satu temuramah baru-baru ini.

“Jawapannya UMNO sentiasa berusaha. Namun tiada guna bertepuk sebelah tangan. Justeru biarlah demokrasi yang menentukan sehingga tiba PRU-15.

“Ini bukan manifestasi ketamakan, sebaliknya biarlah ia “free for all”. Tetapi UMNO tidaklah “rigid”. Masih ada ruang untuk mempertahankan “The Real Muafakat Nasional” jika PAS bersedia.

“Ramai berharapkan begitu, namun dalam keadaan sekarang UMNO perlu berdepan dengan realiti semasa,” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya berkaitan isu terbabit.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Pertama, Perhimpunan Agung UMNO 2020 telah membuat ketetapan tiada kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada PRU-15.
Ia merupakan sebuah ketetapan yang diamanahkan oleh akar umbi parti keramat agama, bangsa dan negara kepada Presiden UMNO untuk dilaksanakan.

Akar umbi UMNO mempunyai sebab yang wajar berhubung ketetapan itu kerana semua sedia maklum apakah agenda terselindung penubuhan PPBM sejak September 2016.
Manakala pimpinan PAS pula ‘mengisytiharkan kesetiaan’ kepada PPBM dan Presidennya, Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin selepas menyertai Perikatan Nasional (PN).

Sedangkan mereka juga tahu dengan jelas apakah agenda terselindung penubuhan PPBM seperti yang mereka tahu tentang agenda penubuhan Parti Amanah Negara (PAN).

Kedua, UMNO tidak lagi boleh berdepan dengan ketidaktentuan tentang MN dalam persiapan dan persediaannya menghadapi PRU-15.
Ketidaktentuan boleh menganggu dan menyekat kelancaran strategi serta gerak kerja UMNO untuk PRU-15.

UMNO perlu segera berdepan dengan hakikat seperti yang rakyat kebanyakan juga dapat melihat hakikat sebenar tentang MN ketika ini.

Ketiga,
 ramai pihak termasuk dalam kalangan pengundi atas pagar berpandangan UMNO telah dikhianati, maka jika benar begitu tidak mengapa.
UMNO kekal bertanding dibawah panji Barisan Nasional (BN) bersama parti komponen dan rakannya yang masih setia kepada perjuangan gabungan ini.
Dengan semangat berpuluh tahun BN kita gemilangkan kembali semangat itu sebagai wadah perjuangan paling bererti untuk rakyat dan negara menjelang PRU-15.

Saya yakin BN akan meraih sokongan deras rakyat selepas apa yang rakyat alami, rasai dan saksikan selepas PRU-14 berakhir pada 9 Mei 2018.

Keempat, PN yang dibarisi PPBM dan PAS telah pun mengumumkan mereka telah mencapai kata sepakat.
Kata sepakat antara mereka untuk menyelesaikan pembahagian kerusi yang akan ditandingi di peringkat Parlimen dan DUN pada PRU-15.

Justeru sudah terang lagi bersuluh UMNO perlu “move on” dan melangkah ke hadapan dengan segera. UMNO tidak boleh terus dalam “uncertainty”.

Kelima, adakah UMNO tidak berusaha menyelamatkan “The Real Muafakat Nasional” yang dimeterai antara UMNO dan PAS pada 2019?
“The Real Muafakat Nasional” yang merupakan suatu kerjasama yang wajib bersandarkan kepada penyatuan ummah yang jujur lagi ikhlas.

Jawapannya UMNO sentiasa berusaha. Namun tiada guna bertepuk sebelah tangan. Justeru biarlah demokrasi yang menentukan sehingga tiba PRU-15.
Ini bukan manifestasi ketamakan, sebaliknya biarlah ia “free for all”.

Tetapi UMNO tidaklah “rigid”. Masih ada ruang untuk mempertahankan “The Real Muafakat Nasional” jika PAS bersedia.
Ramai berharapkan begitu, namun dalam keadaan sekarang UMNO perlu berdepan dengan realiti semasa. – UMNO Online

Ahmad Zahid Rungkai Persoalan Muafakat Nasional… ‘Move On’, UMNO Berdepan Realiti Pertahan Demokrasi


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Melaka: Tiada lagi alasan untuk tunda demokrasi

Dua kemungkinan natijah krisis Melaka


Sebaran :

Leave a Reply