5 penjawat awam ditahan kes samun berkawan

5 penjawat awam ditahan kes samun berkawan

Lima anggota daripada sebuah agensi penguatkuasaan merupakan antara tujuh individu ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes samun berkawan yang dilaporkan pada Ahad lalu di sekitar Cheras.

Tangkapan telah dilakukan pada Isnin lalu pukul 11 malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras selepas membuat risikan dan pemantauan.



Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki di Jalan Pekan Salak Selatan yang disyaki terlibat dalam kes ini.

“Suspek kedua merupakan seorang lelaki yang telah ditahan semalam pada pukul 1.20 pagi di Pandan Indah dan merampas sebuah motosikal Yamaha Lagenda serta sebuah telefon bimbit.

“Kedua-dua suspek merupakan warga tempatan berusia 25 hingga 30 tahun. Hasil semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai dua rekod lampau membabitkan kes samun. Ujian saringan air kencing pula mendapati suspek negatif dadah.

“Suspek telah ditahan di lokap Balai Polis Bukit Jalil dan dibenarkan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama 7 hari sehingga 11 Oktober ini untuk melengkapkan siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Katanya, susulan tangkapan awal, polis telah menahan tiga lelaki dan dua wanita warga tempatan di empat lokasi berasingan di Salak Selatan, Pudu, Ampang dan Kajang.

“Lima suspek ini adalah dari agensi Penguatkuasaan Kerajaan berusia 19 hingga 24 tahun. Dua suspek yang ditahan memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Kesemua mereka juga negatif dadah.

“Kelima-lima suspek telah ditahan di lokap Balai Polis Bukit Jalil dan Balai Polis Salak Selatan Baru. Mahkamah juga telah membenarkan reman di bawah Seksyen 117 KTJ selama enam hari sehingga 11 Oktober ini,” jelasnya.

Polis menyeru orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah melalui hotline Polis Cheras di talian 03-92840083 atau Polis Kuala Lumpur di 03-21159999. K Online



5 penjawat awam ditahan kes samun berkawan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker