Mohamad Ali cabar Idris bertanding kawasan sama

MELAKA – Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mencabar Datuk Seri Idris Haron untuk bertanding di kawasan sama sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijalankan.

Tegasnya, bekas Ketua Menteri Melaka itu seharusnya sedar akan tindakannya yang disifatkan sebagai mengkhianati jentera UMNO yang telah memenangkan beliau sebagai wakil rakyat.

“Banyak benda cuba diputar belitkan Idris, saya fikir benda ini tak payahlah.

Kalau betul gentleman, dalam PRN kita bertanding.

“Saya cabar beliau, nak bertanding di mana, saya akan ikut beliau bertanding di mana, untuk menentukan sejauh mana rakyat memilih kepimpinan, dalam menentukan siapa benar-benar ikhlas dalam perjuangan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohamad Ali yang juga Timbalan Speaker Dewan Negara itu turut menegaskan bahawa akar umbi UMNO akan menolak dua wakil rakyat yang berpaling tadah dan bersekongkol dengan pihak lawan.

“Tidak perlu aibkan mana-mana pihak, Melaka sudah isytihar pembubaran DUN, kita hadap PRN dan terangkan manifesto.

Beliau boleh bawa dengan rakan karib beliau daripada parti DAP.”Silakan Idris, Datuk Nor Azman Hassan, jika kamu nak bersekongkol dengan parti cauvinis, jika kamu nak mengkhianati UMNO, silakan.

“Di peringkat akar umbi di cawangan UMNO Kampung Merah Jaya sekalipun, saya yakin tiada ahli UMNO ingin bersama beliau.

Begitu juga Kampung Klebang Kecil, masih setia dengan UMNO.

“Biarkan dia bersama perjuangan dia dengan parti cauvinis,” katanya lagi.

Tegas Mohamad Ali, beliau yakin UMNO akan menjadi lebih kuat dan bakal memenangi dua pertiga kerusi DUN dalam PRN Melaka sekiranya dilaksanakan.

Mengulas lanjut, beliau turut bersedia menerima tawaran daripada bekas Idris, bekas ADUN Sungai Udang, untuk berhujah.

“Insya-Allah kali ini UMNO akan lebih kuat, UMNO ada keyakinan menang dua pertiga dalam PRN ini.

Kita yakin rakyat Melaka bersama kita.

“Kerana, dalam meletakkan kepimpinan, kita perlu lakukan musyawarah bukan dengan mensabotaj parti yang telah menjayakan kita menjadi wakil rakyat,” jelas Mohamad Ali lagi. – Awani

Mohamad Ali cabar Idris bertanding kawasan sama


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Umno dan PAS Selangor pertegas Muafakat Nasional untuk PRU

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker