Pembukaan sempadan negara tertakluk kepada penilaian KKM – Ismail Sabri



Sebaran :

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat penilaian risiko semasa jangkitan Covid-19 di dalam negara sebelum pintu sempadan negara di buka semula.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM juga akan mengambil kira maklumat situasi Covid-19 dari negara asal pengembara sebelum membenarkan kemasukan pengembara dari negara yang berkenaan.

Beliau berkata, kemasukan warganegara dan warga asing seperti pelajar, diplomat, golongan professional serta pelabur asing telahpun mula dibenarkan bermula pada Jun tahun semasa Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

“Walau bagaimanapun, kebenaran masuk ini adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dan syarat-syarat yang telah ditetapkan termasuklah keperluan menjalani kuarantin wajib di pusat-pusat kuarantin yang telah disediakan,” katanya di Dewan Negara, hari ini.



Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris tentang apakah wajar SOP membenarkan pengembara tempatan dan warga asing lengkap dua dos vaksin yang pulang atau tiba dari luar negara, menjalani kuarantin wajib di rumah sahaja.

Tambah Ismail Sabri, bermula pada 12 Ogos lalu, pengembara warganegara dan bukan warganegara yang telah menerima imunisasi lengkap boleh membuat permohonan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman.

Namun kata beliau, kebenaran ini hanya boleh diberikan tertakluk kepada penilaian risiko oleh pihak KKM dan pemohon masih perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum diberikan kebenaran tersebut

Pembukaan sempadan negara tertakluk kepada penilaian KKM – Ismail Sabri




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PRN MELAKA: Undi bakal berpecah teruk


Sebaran :


Leave a Reply