PRN MELAKA: Undi bakal berpecah teruk

SHAH ALAM – Penganalisis Politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, berkemungkinan tiada parti yang mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan jika berlaku pertembungan tiga penjuru membabitkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Maksudnya Dewan Undangan Negeri (DUN) tergantung. Jika ini berlaku, maka selepas pilihan raya nanti akan wujud kerajaan gabungan antara dua daripada tiga penjuru tadi untuk membentuk kerajaan bagi mencukupkan majoriti,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Azizuddin berkata, peratusan keluar mengundi pada PRN Melaka juga berkemungkinan akan rendah kerana pengundi takut untuk keluar berikutan kes harian Covid-19 masih lagi mencatatkan angka yang membimbangkan.



“Justeru, banyak faktor yang menentukan kemenangan calon dan juga parti politik di Melaka nanti,” ujarnya.

Penganalisis Politik daripada Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Kartini Aboo @ Khalid pula berkata, kesan pertandingan tiga penjuru akan memberi impak politik terhadap hubungan PN dan BN.

“PN dan BN akan dilihat tidak serasi bersama, malah hubungan mereka ibarat retak menanti belah dan ini akhirnya akan merugikan orang Melayu,” katanya.

Ketika ditanya mengenai parti manakah yang akan menang pada PRN Melaka, beliau berkata, sekiranya pengundi masih percaya kepada kepimpinan nasional Melayu maka BN atau PN boleh menjadi pilihan.



“Namun, PH juga tidak kurang hebat. Jika PH bersedia bekerjasama dengan BN atau PN, mana-mana calon yang dipilih akan menguntungkan PH dalam jangka masa panjang,” katanya.

PRN MELAKA: Undi bakal berpecah teruk


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Umno dan PAS Selangor pertegas Muafakat Nasional untuk PRU

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker