Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Sebaran :

Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Satu kajian mendapati bahawa pasangan yang semakin meningkat usia menikmati hubungan seks yang lebih memuaskan, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Kaji selidik tersebut dilakukan oleh firma kajian pemasaran, OnePoll bagi pihak syarikat gaya hidup, LELO. Ia melibatkan 2,000 responden di Amerika Syarikat yang berusia 50 tahun dan ke atas.

Hasil kaji selidik itu menunjukkan bahawa 45 peratus golongan tersebut mengakui mempunyai hubungan seks terbaik dalam hidup mereka seiring dengan pertambahan usia.

Sejumlah 35 peratus responden pula memberitahu bahawa hubungan mereka dengan pasangan masing-masing lebih intim berbanding sebelumnya, manakala dorongan seksual adalah lebih tinggi berbanding ketika mereka muda.

Satu dalam lapan responden itu turut melakukan aktiviti seksual sekurang-kurangnya lima kali seminggu.

Separuh daripada responden yang tinggal berdua dengan pasangan selepas anak-anak memiliki kehidupan sendiri pula mengakui aktiviti seksual mereka meningkat secara signifikan.

Sementara itu, lebih satu per tiga daripada responden mengakui ingin menjadi lebih intim namun, mempunyai kekangan dari segi waktu.

Hal ini kerana 42 peratus menyatakan bahawa mereka sering bekerja dan 39 peratus tinggal bersama orang lain atau sering bersama keluarga.

“Meskipun kita jarang melihat warga emas mempamerkan sikap romantik secara terbuka, ini tidak bermaksud mereka tidak menikmatinya,” kata Ketua Pegawai Pemasaran LELO, Luka Matutinovic.

Dalam pada itu, beberapa responden mengakui bahawa aktiviti bersiar-siar pada waktu malam bersama pasangan dapat meningkatkan kemesraan, selain perlunya untuk saling mengingatkan bahawa mereka masih saling mencintai. K Online

Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penang White Curry Noodles dipilih mee segera terbaik di Amerika


Sebaran :

Leave a Reply