2 persatuan polis sokong tubuh IPCC

Sebaran :

PETALING JAYA: Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) menyokong dan menyambut baik usaha kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).

Dalam kenyataan bersama, Presiden PPKP Mohd Asri Md Akhir dan Presiden PPRPD Ayub Shafii, berkata penubuhan IPCC adalah penting demi mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap badan keselamatan itu.

Katanya, ia termasuk meyakini pihak kerajaan dapat memberikan fokus kepada aspek kebajikan warga polis.

“PPKP dan PPRPD telah ditaklimatkan mengenai IPCC. PKPP dan PPRPD juga telah berbincang dengan jawatankuasa teknikal serta pucuk pimpinan polis berhubung penubuhan IPCC.

“Setelah meneliti perbezaan antara IPCC dengan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang tidak dipersetujui sebelum ini, PPKP dan PPRPD menerima baik IPCC yang merupakan cadangan titik tengah untuk mengambil kira kepentingan masyarakat serta warga polis,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, kerajaan terdahulu bawah Pakatan Harapan (PH) bercadang menubuhkan IPCMC bagi mengurus isu berkaitan salah guna kuasa oleh anggota polis.

Penubuhannya bertujuan membolehkan siasatan bebas dijalankan ke atas aduan melibatkan pasukan keselamatan itu.

Bagaimanapun cadangan itu menimbulkan kontroversi apabila dibantah oleh beberapa pihak berkaitan keselamatan.

Penubuhan IPCC adalah hasil Laporan Suruhanjaya Diraja Untuk Meningkatkan Operasi dan Pengurusan PDRM yang dipengerusikan oleh Mohammad Dzaiddin Abdullah, pada 2005.

IPCC hanya satu daripada 125 saranan yang telah diusulkan Mohammad Dzaiddin

2 persatuan polis sokong tubuh IPCC


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kerajaan akan bentang RUU IPCC ganti IPCMC, kata menteri


Sebaran :

Leave a Reply