Adun Sindumin mulanya menafikan tetapi sah meninggalkan Warisan

Adun Sindumin mulanya menafikan tetapi sah meninggalkan Warisan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Yusof Yacob hari ini mengumumkan beliau telah meninggalkan Warisan, beberapa hari selepas menyangkal dakwaan berhubung perkara ini.

Yusof, yang juga Ketua Penerangan Warisan berkata, beliau kini ADUN Bebas tetapi menyokong Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, dan di peringkat negeri, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor.

Katanya lagi, beliau telah membincangkan perkara ini dengan Presiden Warisan Shafie Apdal, yang tidak membantah keputusannya.

“Saya buat keputusan ini untuk rakyat, terutamanya di Sipitang, dan demi kestabilan politik,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

“Tindakan saya adalah keputusan peribadi tanpa tekanan atau pengaruh sesiapa. Saya mahu fokus bekerja untuk rakyat yang saya wakili, bukan teriak-teriak di kedai kopi tetapi tiada apa-apa dilakukan untuk rakyat,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018, Yusof, 66, menang kerusi DUN Sindumin dengan majoriti 760 undi dalam saingan tiga penjuru, sebelum mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16, tahun lepas dengan majoriti 424 undi dalam saingan enam penjuru.

Yusof adalah ADUN kedua yang meninggalkan Warisan selepas Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik) pada 25 Feb.

Adun Sindumin mulanya menafikan tetapi sah meninggalkan Warisan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penang White Curry Noodles dipilih mee segera terbaik di Amerika

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker