Kereta dipandu warga asing rempuh bank

Kereta dipandu warga asing rempuh bank

JERANTUT: Suasana di sebuah bank di sini kecoh apabila kereta jenis Proton Persona yang dipandu seorang lelaki warga asing secara tiba-tiba merempuh dinding kaca premis berkenaan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu dipercayai berlaku selepas mangsa berusia 29 tahun tertekan pedal minyak ketika ingin meletakkan kenderaannya di hadapan bank terbabit.

“Kemalangan ini tidak melibatkan kecederaan tetapi kereta tersebut rosak di bahagian depan selain pintu bank pecah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai buruh di sebuah syarikat telekomunikasi memiliki lesen memandu antarabangsa telah hadir membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut dan dirakam percakapan.

“Tiada elemen jenayah wujud dalam kejadian ini dan kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” katanya.-SH

Kereta dipandu warga asing rempuh bank


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


5 reformasi hentikan sarkas katak

Saintis ramal Bumi tidak stabil kerana bulan semakin jauh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker