Cabut Sendiri 11 Gigi Sebab Tak Mampu

Sebaran :

Cabut Sendiri 11 Gigi Sebab Tak Mampu

London: Seorang wanita mencabut sendiri 11 giginya selepas mendakwa tidak mampu mendapatkan rawatan doktor gigi di hospital kerajaan di United Kingdom (UK).

Danielle Watts, 42, mencabut giginya sejak tiga tahun lalu selepas tidak menemui klinik pergigian kerajaan (Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan atau NHS) di tempat tinggalnya.

Wanita itu berkata, dia tidak mampu mendapatkan rawatan di klinik swasta dan ‘tidak lagi senyum’ selepas mencabut giginya.

Danielle yang kini mempunyai tiga gigi di bahagian gusi atas berkata, dia tidak yakin dengan penampilannya.

“Gigi ini hanya terletak di dalam mulut tanpa sokongan kerana ia dengan mudah boleh tercabut.

“Kejadian berlaku selepas perkhidmatan klinik gigi di satu klinik NHS ditutup dan menyebabkan saya dan anak tiada tempat untuk dituju.

“Di mana-mana tempat saya pergi, mereka tidak lagi menerima pesakit NHS dan menawarkan saya untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta,” katanya.

Rawatan pergigian adalah satu daripada khidmat NHS, namun pesakit perlu mengeluarkan sedikit bayaran, tetapi ia lebih murah berbanding di klinik swasta.

Rawatan kecemasan pergigian mengenakan yuran sebanyak 23.80 pound sterling (kira-kira RM135), menurut laman web NHS.

Terdapat tiga jenis rawatan dan bayaran paling tinggi dikenakan adalah RM135.

Pesakit tidak perlu membayar caj rawatan untuk membuka jahitan, menghentikan pendarahan atau jika gigi palsu mereka perlu dibaiki.

Berdasarkan laman web NHS, rawatan pergigian di klinik NHS di UK adalah percuma untuk individu berusia 19 tahun ke bawah.

Bagaimanapun, ia turut diberikan secara percuma untuk beberapa kategori individu seperti penganggur atau penerima bantuan sara hidup daripada kerajaan.-The Sun

Cabut Sendiri 11 Gigi Sebab Tak Mampu


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


5 reformasi hentikan sarkas katak

Saintis ramal Bumi tidak stabil kerana bulan semakin jauh

 


Sebaran :

Leave a Reply