Adakah Guan Eng Terlibat Dalam Kematian Datuk SK Ewe?

Oleh Nurul Aisyah

RAMAI pihak mula mengaitkan kematian Datuk Ewe Swee Kheng, CEO pemaju harta tanah Ewein Group dengan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP yang juga Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau adalah saksi utama dalam kes rasuah projek terowong dasar laut Lim Guan Eng.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan lelaki berusia 53 tahun itu pernah ditahan untuk siasatan. Datuk SK Ewe menjadi saksi utama pendakwaan kes mengenai perjanjian pertukaran tanah. Pada 2018, ahli perniagaan itu ditahan SPRM bagi membantu siasatan dakwaan rasuah projek terowong dasar laut.

Lim Guan Eng didakwa di Mahkamah Tinggi kerana menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri ketika itu untuk meminta keuntungan 10% daripada pemaju menerusi projek terowong dasar laut.

Beliau juga dituduh meminta wang sogokan sebanyak RM3.3 juta untuk melantik pemaju melaksanakan projek bernilai RM6.3 bilion yang merangkumi tiga jalan utama.

Selain itu, beliau berdepan dua tuduhan melupuskan tanah milik kerajaan negeri bernilai RM208.7 juta kepada dua syarikat.

Persoalannya, adakah kematian Datuk SK Ewe ada kaitan dengan Lim Guan Eng?

Karma itu memang benar.

Masihkah anda ingat, sebelum PRU14, antara yang paling lantang untuk menulis dan memberi ratusan kenyataan, ceramah serta ucapan untuk kaitkan Datuk Seri Najib dengan kematian Altantunya Shaariibuu, Teoh Beng Hock, Hussain Najadi dan Kevin Morais ialah Lim Kit Siang.

Pihak polis dan mahkamah sudah banyak kali membuktikan Najib tidak terlibat namun jentera propaganda PH selama bertahun-tahun tetap memfitnah selama lebih sepuluh tahun bahawa Najib adalah pembunuh.

Bagi membersihkan nama beliau, selepas PRU14, Najib arahkan pegawai beliau untuk membuat laporan polis terhadap Najib sendiri supaya polis lakukan siasat terhadap beliau. Dalam laporan polis itu, pegawai Najib beri nama Lim Kit Siang untuk disoal siasat memandangkan Kit Siang seolah-olah mempunyai banyak bukti serta makumat bahawa Najib adalah pembunuh.

Namun selepas beliau membuat posting berhubung laporan polis itu, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak pernah tuduh Najib adalah pembunuh.

Lim Kit Siang dengan hipokrasinya tidak pernah berubah. Kononnya dia cuma mahu bertanya pada Datuk Seri Najib sekiranya beliau terlibat sahaja.

Memetik FB Datuk Seri Najib, beliau ingin bertanya kepada Lim Kit Siang pula

Adakah saya juga perlu kaitkan anak dia dengan kematian mengejut saksi utama kes rasuah dia dan suruh dia jelaskan dengan menulis atau memberi ratusan kenyataan, ceramah serta ucapan?

Sebenarnya bukan Datuk Seri Najib sahaja yang ingin bertanya soalan tersebut pada Lim Kit Siang.  Seluruh rakyat Malaysia juga mahu bertanya pada  Lim Kit Siang,  adakah Lim Guan Eng terlibat dalam kematian mengejut Datuk Ewe Swee Kheng?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker