Bantulah pakcik, susah sangat hidup ini

Sebaran :

Bantulah pakcik, susah sangat hidup ini

JITRA – Seorang lelaki warga emas terpaksa menjadikan sebuah pondok kecil di sebuah tapak pembinaan terbengkalai di Kampung Tok Jalai di sini sebagai tempat berteduh daripada panas dan hujan sejak empat tahun lalu.

Jamaluddin Ahmad, 71, berkata, dia yang tidak pernah be­rumah tangga membina sendiri pondok berkenaan menggunakan kayu dan atap zink terpakai yang dikutip di sekitar kawasan berkenaan.

Katanya, sebelum ini dia tinggal bersama ibunya di sebuah rumah di Alor Setar, namun terpaksa keluar daripada kediaman itu selepas ibunya meninggal dunia sehingga terpaksa mencari tempat perlindungan baharu.

“Saya terpaksa cari tempat tinggal lain, namun disebabkan kesempitan hidup, saya minta kebenaran pemilik tapak pembinaan ini untuk tinggal di sini.

“Kehidupan di pondok ini sangat sukar kerana tiada bekalan elektrik dan air. Bagaimanapun, saya terima takdir ini dan tetap bersyukur kerana masih mampu mencari tempat untuk berlin­dung daripada panas dan hujan,” katanya ketika ditemui di pondoknya di Kampung Tok Jalai di sini semalam.

Jamaluddin berkata, untuk mendapatkan bekalan air, dia akan ke sebatang sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari pondok dan terpaksa mengangkut sendiri untuk dibawa balik ke pondoknya.

Ujarnya, bagi bekalan makanan pula, dia terpaksa melakukan kerja-kerja kampung terma­suk menjual besi buruk dan barangan terpakai yang dikutip­nya dengan anggaran pendapatan sebanyak RM20 sehari.

“Saya juga dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat setiap bulan dan bantuan itu cukup untuk digunakan membeli makanan dan tambah nilai telefon bimbit,” ujarnya.

Tambahnya, dia juga berharap dapat tinggal di sebuah rumah yang lebih selesa memandangkan usianya yang semakin lanjut.

Sementara itu, orang ramai yang ingin membantu Jamaluddin boleh menghubunginya di talian 011-1951 0250. K Online

Bantulah pakcik, susah sangat hidup ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim


Sebaran :

Leave a Reply