Ain Edruce kena kecam sebab over (Video)

Sebaran :

Ain Edruce kena kecam sebab over (Video)

Pelakon dan pengacara Ain Edruce telah menjadi mangsa kecaman serta kritikan oleh netizen di aplikasi Tik Tok gara-gara didakwa terlalu “over” dan terkinja- terkinja.

Difahamkan, Ain menerima kecaman tersebut kerana dilihat terlalu “over” ketika sedang melakukan aksi menari dalam video tersebut.

Melihat perkongsian video yang berdurasi 15 saat itu, Ain dikecam hebat kerana leka menari dan membiarkan suaminya iaitu Amirul Hafiz menguruskan anaknya Soraya sendirian.

“Kesian seorang suami, Allahu, apa sebenarnya tugas suami terhadap isterinya, jangan syok kahwin je,” tulis netizen.

Selain itu, apa yang menarik perhatian netizen pada video tersebut adalah, ia tertumpu pada seluar Ain yang terlihat ketat sehingga terlihat kurang manis untuk tatapan halwa mata.

“Kalau artis pakai seluar ketat tak kena kecam kan?, pelik-pelik je

“Kesian suami tu, okay je kalau nak menari macam tu, tapi tutup sikit aurat kesian dia,” kata netizen.

Sudah menjadi kebiasaan buat selebriti di Malaysia untuk membuat “content” di aplikasi Tik Tok, bagi golongan ini ia merupakan salah satu medium utama bagi menarik jumlah pengikut di media sosial.

Lantaran itu, ada yang meminta agar Ain untuk berkelakuan normal dan menjadi cerminan yang baik buat pengikutnya.

“Kalau sayangkan suami, mak ayah, berubahlah

“Tunjuklah contoh yang baik, awak tu artis,” komen netizen. Wy

Ain Edruce kena kecam sebab over (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penang White Curry Noodles dipilih mee segera terbaik di Amerika


Sebaran :

Leave a Reply