Saya tak minta nyawa dengan DAP – Rauf

Saya tak minta nyawa dengan DAP – Rauf

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh menafikan beliau meminta ‘nyawa’ daripada DAP, seperti tajuk berita dilaporkan sebuah portal.

Ab. Rauf menjelaskan, perundingan dengan Pengerusi DAP negeri, Datuk Tey Kok Kiew pada malam 3 Oktober lalu, bukanlah seperti ditulis dalam laporan berkenaan, memandangkan ia dibuat bersandarkan memorandum persefahaman (MoU) yang sudahpun dimeterai antara kerajaan dengan pembangkang di peringkat Persekutuan.



Beliau berkata, perundingan tersebut hanyalah menyentuh kepada usaha-usaha untuk menterjemahkan MoU tersebut di peringkat negeri.

Jelasnya, tambahan pula ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lalu, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali juga menawarkan perkara sama kepada pembangkang yang disifatkan sebagai rakan strategik.

“Jadi untuk mengatakan saya minta nyawa daripada DAP, tidak berlaku sama sekali. Kerana apabila saya melihat bentuk badan (bahasa tubuh) dan persembahannya (Kok Kiew), beliau tidak ingin mengadakan apa juga perbincangan. Mereka tetap akan meneruskan esok (Isnin lalu).

“Saya selaku pejuang UMNO sama sekali tidak mengizinkan negeri ini kembali diperintah PH. Apatah lagi saya tidak meminta nyawa daripada beliau (Kok Kiew), untuk saya menggadaikan UMNO ini kepada DAP,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Terdahulu, Utusan Online melaporkan, Barisan Nasional (BN) sudah melakukan yang terbaik bagi menjaga kestabilan politik di Melaka, yang mana satu perbincangan bersama DAP telah dilakukan untuk menawarkan tawaran seperti mana diumumkan Sulaiman ketika persidangan DUN bulan lalu.

Ab. Rauf berkata, DAP negeri bagaimanapun enggan menerima tawaran tersebut, meskipun sudah mengakui menerimanya ketika sidang berlangsung.

Dalam pada itu, Ab. Rauf turut mempersoalkan, mengapa dirinya dipersalahkan selepas mendedahkan hal berkenaan, sedangkan individu yang sepatutnya bertanggujawab adalah kelompok mereka yang berpaling tadah.

“Kenapa saya dipersalahkan? Kenapa tak persalahkan mereka yang meruntuhkan kerajaan negeri? Yang bersama DAP tidak dipersalahkan?



“Saya cuba menyelamatkan negeri ini, saya bukan menyelamatkan DAP,” tegasnya. Utusan

Saya tak minta nyawa dengan DAP – Rauf


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker