Kebenaran akan terbukti – Miera Liyana

Kebenaran akan terbukti – Miera Liyana

Pelakon Miera Liyana menegaskan ada dua cerita di sebalik setiap kontroversi yang timbul.

Tanpa menyebut sebarang nama, Miera turut berharap individu berkenaan agar tidak ghairah mengejar populariti.

“Sentiasa akan ada dua penjelasan di sebalik setiap cerita. Jangan hendak gila glamour (populariti).

“Suatu hari nanti anda juga pasti akan mengetahui kebenaran dan berhati-hatilah dengan fitnah akhir zaman.

“Sekian dari Miera Liyana, ok selamat tinggal semua! Hendak masak untuk suami dan anak,” tulisnya menerusi Instagram Story sebentar tadi.

Terdahulu, anak tiri kepada Miera iaitu Nur Izzah mendakwa, bapanya, Rosland Othman berubah sikap selepas berkahwin dengan pelakon wanita itu pada Julai 2020, justeru tidak menyimpan perasaan kesal apabila tidak bertegur sapa ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pelantikan wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pagi tadi.

Nur Izzah yang juga anak sulung dari lima beradik itu berkata, dia sudah tentu sedih sekiranya perceraian adalah jalan terakhir kepada kemelut rumah tangga ibu bapanya, namun reda dengan ketentuan Allah.

Rosland hadir ke mahkamah ditemani adiknya, Kamarul Othman serta ibu dan abang kepada Miera Leyana, Aisah Abdullah dan Mohd Fadley Kasmi.

Bagaimanapun, Rosland berlalu pulang, enggan ditemubual selepas prosiding pelantikan JKP.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengarahkan Rosland dan isteri pertama, Adibah merujuk JKP bagi menangani krisis rumah tangga mereka.

Sebelum ini, permohonan cerai difailkan Rosland pada 7 April lalu mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Media ada melaporkan, Adibah mahu mempertahankan rumah tangga bersama Rosland biarpun perkahwinan didakwa dilanda badai sejak dua tahun lalu, apabila suaminya berkahwin dengan Miera pada Julai 2020.

Pada 31 Januari lalu, Rosland yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Consolidated Industries Bhd milik syarikat Serba Dinamik, gagal menghadiri prosiding kes nusyuz yang difailkan sendiri di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. HM

Kebenaran akan terbukti – Miera Liyana

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker