Keputusan Hajiji tinggalkan Muhyiddin dan Bersatu adalah tepat!

Keputusan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah, Hajiji Noor, melibatkan gabungannya dengan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim terbukti tepat, kata seorang penganalisis politik.

“Ia langkah politik yang bijak kerana GRS dan Sabah hanya mendapat manfaat daripada kerjasama itu, contohnya keputusan Putrajaya menyerahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada negeri itu,” kata Jeniri Amir kepada FMT.

Felo Majlis Profesor itu menjangkakan kerajaan persekutuan akan memulihkan lebih banyak hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).



“Perikatan Nasional kini menjadi pembangkang, yang turut dianggotai PAS. Parti itu tidak diterima di Malaysia Timur.

Jeniri Amir.

“Pemerintah pula terdiri daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Kedua-dua gabungan itu berikrar akan memperkasakan Sabah dan Sarawak dan menawarkan kepada mereka perjanjian yang lebih baik, dan mereka mahu menunaikannya.”

Jeniri berkata Anwar tiada sebab untuk tidak memulihkan MA63 kerana ia akan memastikan kerajaan perpaduan pimpinan beliau teguh.

Lee Kuok Tiung.

Anwar kelmarin mengumumkan Petronas akan menyerahkan kuasa kawal selia bekalan gas daripada Petronas kepada Sabah.



Beliau berkata lebih banyak isu berkaitan MA63 akan diselesaikan, dan butirannya akan diumumkan bulan depan.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis, Lee Kuok Tiung, berkata pengumuman Anwar itu sesuatu yang bagus untuk Hajiji, selaku ketua menteri Sabah.

“Sudah pastinya is sesuatu yang menggembirakan khususnya Sabah yang berusaha menuntut hak-hak di bawah MA63.

“Ia mencerminkan kesungguhan kerajaan perpaduan di bawah kepimpinan Anwar yang menunaikan janji-janji bagi melaksanakan Borneonisasi serta penyerahan lebih autonomi kepada Sabah sebagai rakan sama rata dalam Persekutuan,” katanya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?

Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker