Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’

Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’

Polis Jepara menahan seorang lelaki berusia 49 tahun selepas dia disyaki merogol anak tirinya berulang kali sehingga hamil.

Jurucakap polis Jepara, Ahmad Masdar Tohari berkata, suspek merogol mangsa yang berusia 15 tahun tanpa pengetahuan isterinya dan sering mengugut gadis itu untuk membunuhnya jika membocorkan perbuatan kejinya.

Kata Ahmad Masdar, kali terakhir suspek merogol mangsa adalah pasa April lalu ketika anak tirinya tidur di sebelah isterinya.

“Disebabkan isterinya ‘tidur mati’, dia tidak menyedari suaminya merogol anak perempuannya.

“Suspel memberitahu, dia merogol anak tirinya kerana isterinya sedang alami haid dan alasan itu sangat tidak boleh diterima kerana jelas perbuatannya merosakkan masa depan gadis tersebut,” katanya.

Polis memaklumkan, kes tersebut terbongkar selepas mangsa mengadu sakit perut yang teruk dan selepas diperiksa, dia sebenarnya hamil.

Pada 16 Disember lalu, mangsa melahirkan bayinya di sebuah hospital, namun bayi itu meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi.

“Selepas ditanya, mangsa memberitahu dia menjadi rogol bapa tirinya sejak sekian lama sehingga hamil.

“Mangsa juga dipaksa bapa tirinya untuk memberitahu orang ramai bahawa perutnya membesar kerana mempunyai penyakit, dan bukannya sebab hamil,” ujar Ahmad Masdar. Utusan

Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’

Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker