Pasukan Argentina diberi sambutan sebagai wira negara

BUENOS AIRES: Kepulangan pemain kebangsaan Argentina di Buenos Aires selepas memenangi Piala Dunia 2022 disambut ratusan ribu rakyatnya.

Bahang itu dirasai selepas pasukan ini mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza.

Para penyokong setia menanti di lapangan terbang untuk menyambut kedatangan wira mereka.



Sejurus pintu pesawat dibuka, kapten pasukan, Lionel Messi kelihatan menuruni pesawat itu sambil menjulang trofi Piala Dunia.

Sambutan diteruskan di ibu kota berhampiran Monumen Obelisk pada Selasa.

Hari bersejarah itu juga diisytiharkan sebagai cuti umum buat seluruh rakyatnya.

Aksi final antara Argentina dan Perancis dianggap saingan paling mencemaskan dalam sejarah 92 tahun temasya itu.



Argentina menjulang Piala Dunia ketiga dengan kemenangan melalui penentuan sepakan penalti 4-2 mengatasi Perancis, selepas perlawanan terikat 3-3 pada masa tambahan.

Kepulangan pasukan itu sangat dinantikan penduduk Argentina dan sambutan tanpa henti dijangka berlarutan selama beberapa hari di seluruh negara itu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’

Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker