Banjir di Terengganu bertambah serius

Banjir di Terengganu bertambah serius

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 39,698 mangsa membabitkan 10,987 keluarga setakat 10 malam ini.

Sebanyak 312 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan semua mangsa banjir di Terengganu.



Sementara itu di Kelantan, 138 PPS masih beroperasi dengan 31,248 mangsa daripada 8977 keluarga.

Daripada jumlah itu, 11,168 daripadanya adalah kanak-kanak.

JKM turut melaporkan dua PPS di Perak dan Johor masih beroperasi dengan kurang 60 orang mangsa bagi setiap negeri.

Sebelum ini, JKM menutup sebuah PPS di Pahang menjadikan jumlah PPS masih beroperasi di sana membabitkan tiga PPS.



Pahang masih merekodkan 221 mangsa banjir daripada 62 keluarga di sekitar daerah Kuantan termasuk Kampung Sungai Ular, Cherating dan Chendor Baru.

Sebelum ini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang melaporkan empat PPS yang dibuka di negeri itu adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Beserah, SK Sungai Karang, SK Sungai Ular dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelindung. HM

Banjir di Terengganu bertambah serius


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’

Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker