Terlepas perak dengan perbezaan 1kg memang perit – Irene Jane
Terlepas perak dengan perbezaan 1kg memang perit – Irene Jane

Glasgow: Terlepas pingat perak dengan perbezaan hanya satu kilogram sememangnya mengecewakan, namun atlet angkat berat wanita negara, Irene Jane Henry tetap bersyukur meraih gangsa pada penampilan sulungnya di Sukan Komanwel Glasgow 2026, malam tadi.
Irene Jane menamatkan saingan kategori 48 kilogram (kg) wanita di tempat ketiga dengan jumlah angkatan 167kg, hanya satu kilogram di belakang pemenang pingat perak dari Nigeria, Ruth Asuquo Nyong.
Pada pertandingan itu, beliau tampil konsisten dalam disiplin snatch apabila berjaya menyempurnakan ketiga-tiga percubaan, bermula dengan angkatan 72kg sebelum meningkatkannya kepada 75kg dan 77kg.
Bagaimanapun, atlet berusia 21 tahun dari Sabah itu berdepan detik mencemaskan dalam disiplin clean and jerk apabila percubaan pertamanya dengan beban 90kg tidak disahkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SWP Aktif Ziarah Kesihatan, Fokus Kesejahteraan Rakyat – Dr Masliha
- BN Amal Politik Kesederhanaan, Fokus Kestabilan Dan Perpaduan – Dr Zambry
Pengundi Sendiri Luah Hasrat Mahu Undi BN, Ziarah Kasih UMNO Bukan Bermusim
Percubaan terakhirnya dengan beban 93kg, yang berpotensi meningkatkan jumlah keseluruhan angkatan kepada 170kg, sekali gus menghadiahkannya pingat perak, turut gagal.
Irene Jane berkata, perasaan gementar dan takut menyelubunginya ketika menunggu giliran di belakang platform, namun tekad untuk berjuang mendapatkan pingat mengatasi segala-galanya.
“Di belakang pentas tadi, saya memang betul-betul gementar dan takut.
“Namun, saya tetap mahu melawan dan sekurang-kurangnya berjuang untuk mendapatkan pingat,” kata anak jati Tambunan itu kepada Bernama selepas pertandingan di Scottish Event Campus (SEC) Armadillo.
Mengulas kegagalan angkatan 93kg itu, anak ketiga daripada enam beradik berkenaan mengakui keputusan itu sukar diterima kerana beliau pernah melakukannya beberapa kali ketika sesi latihan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Sokongan Rakyat Terus Mengukuh, Mohd Zaidy Yakin BN Raih Kepercayaan
- Hormati Pendirian Kami… BN Bertanding Atas Prinsip, Perjuangan Parti
“Saya rasa mungkin belum rezeki saya walaupun sudah banyak kali melakukan angkatan 93kg. Mungkin keadaan badan saya hari ini sedikit kurang baik.
“Kalah satu kilogram itu memang menyakitkan, tapi saya sudah melakukan yang terbaik.
“Saya tidak boleh meminta angkatan tambahan kerana hanya ada tiga percubaan, jadi saya hanya mampu berserah,” katanya.
Pingat emas menjadi milik jaguh India, Mirabai Chanu yang merekodkan jumlah angkatan 190kg, manakala Ruth meraih perak dengan catatan 168kg.
Irene Jane berkata, pingat gangsa itu amat bermakna kerana beliau berjaya mencapai sasaran peribadi untuk menaiki podium pada penampilan pertamanya di temasya berprestij berkenaan.
“Walaupun tidak memperoleh pingat perak, saya tetap bersyukur dapat menghadiahkan pingat gangsa kepada Malaysia.
“Kepada keluarga dan penyokong di Malaysia terutama dari Sabah, terima kasih atas segala sokongan dan doa. Saya membalasnya dengan pingat gangsa ini,” katanya.
Terlepas perak dengan perbezaan 1kg memang perit – Irene Jane
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persefahaman BN-PN Bawa Mesej Kestabilan Demi Masa Depan Negeri Sembilan
- ‘Penyatuan Melayu Bukan Ancaman Kepada Kaum Lain’ – Dr Akmal
- Mesyuarat UMNO Kota Melaka Medan Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi PRN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Bukit Bintang Diperkukuh, Fokus Martabat Melayu Bandar Dan Persiapan PRU-16
You must be logged in to post a comment.