Rakyat tarik nafas lega, tiada lagi politik nombor – Razlan

Rakyat tarik nafas lega, tiada lagi politik nombor – Razlan

Sekarang adalah masa untuk Kerajaan Perpaduan menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha memulihkan ekonomi rakyat selepas Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Mohd Rafii berkata, rakyat kini boleh bernafas lega kerana tidak akan ada lagi sandiwara politik untuk menjatuhkan kerajaan sebagaimana berlaku sepanjang penggal Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebelum ini.



“Hari ini, rakyat Malaysia boleh bernafas lega apabila tamatnya sandiwara politik nombor, keabsahan sudah tercipta dan berakhir sudah polemik keabsahan Perdana Menteri.

“Walaupun sesi perbahasan agak panas, namun pembangkang tahu mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana kebijaksanaan pemimpin UMNO yang dizalimi oleh parti Bersatu yang mencuri ahli Parlimen UMNO,” katanya menerusi hantaran Facebooknya.

Mohd Razlan berkata, Setiausaha Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan sendiri mengakui gabungan itu berjaya mencuri 10 ahli Parlimen UMNO.

Namun, kata beliau, dengan wujudnya Akta Anti Lompat telah memberi kestabilan kepada politik negara dan tidak ada lagi peristiwa lompat melompat.



“Mereka, tanpa rasa malu mengakui perkara itu kerana mereka sudah lali melakukan rompakan aset parti lain.

“Mereka menggangap langkah mengikat ahli Parlimen terhadap sesebuah parti adalah autokratik, tetapi terus dengan perangai mahu memecahbelahkan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Menurut Mohd Razlan, perjanjian persefahaam antara Pakatan Harapan (PH) dengan BN dan parti lain tidak ada kena mengena dengan PN.

“Tetapi, Takiyuddin dalam dakwaannya menyatakan seolah dia tahu ada ahli Parlimen dari BN tidak setuju dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan.



“Inilah sikap beliau, sengaja mahu melaga-lagakan BN dari dalam, walaupun keputusan sudah dibuat dan dicapai.

“Saya nasihatkan ahli Parlimen PN, jadilah pembangkang yang berprinsip, buatlah semak dan imbang sepanjang tempoh lima tahun ini. Berhentilah buat kerja mencuri ahli Parlimen lagi,” katanya.

Beliau berkata, rakyat sudah muak dan mahu keluar dari permasalahan politik yang berpanjangan. MG

Rakyat tarik nafas lega, tiada lagi politik nombor – Razlan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’



Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker