Langgar lari penghantar makanan, Polis buru pemandu Proton Wira

JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan pemandu kereta Proton Wira yang terlibat dalam kejadian langgar lari di Jalan Sutera Tanjung, Taman Sutera Utama, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Fariz Ammar Abdullah dalam kenyataan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan membabitkan kereta itu dengan motosikal Honda Wave yang ditunggang seorang penghantar makanan pada kira-kira 8 malam.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta itu memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal tersebut yang sedang berhenti di persimpangan jalan.

“Sejurus selepas kejadian, lelaki itu telah melarikan diri dan memandu secara berbahaya dengan melawan arus.

“Akibat kejadian tersebut, penghantar makanan itu cedera ringan di belakang badannya dan sehingga kini, pemandu kereta terbabit masih belum tampil membuat laporan polis, ” katanya.

Fariz Ammar berkata hasil siasatan mendapati kereta itu merupakan kenderaan curi yang telah dilaporkan hilang di kawasan Pelangi Indah di sini, Ahad lepas.

“Hasil maklumat orang awam, kita berjaya menjumpai kereta berkenaan yang ditinggalkan di tepi jalan Persiaran Scientex Utama, Senai, kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Insiden itu turut tular di media sosial menerusi video berdurasi 45 saat yang memaparkan sebuah kereta memasuki laluan bertentangan lalu melanggar penghantar makanan yang sedang berhenti di persimpangan jalan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’

Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker