Mangsa banjir 5 negeri terus meningkat, cecah 72, 297 orang

Mangsa banjir 5 negeri terus meningkat, cecah 72, 297 orang

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di 20 daerah di lima negeri terus menunjukkan peningkatan hingga kini mencecah 72,297 orang terdiri daripada 20,346 keluarga, setakat jam 6 pagi Rabu.

Negeri yang terjejas melibatkan Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Terengganu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi melibatkan 40,456 orang daripada 11,197 keluarga.

Kelantan pula merekodkan sejumlah 31,487 mangsa melibatkan 9,055 keluarga manakala 252 mangsa daripada 62 keluarga di Pahang.

Sementara itu di Perak, seramai 54 mangsa daripada 17 keluarga yang terjejas dengan banjir dan di Johor pula mencatatkan 48 mangsa melibatkan 15 keluarga.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak melalui kawasan yang mempunyai talian tenaga ketika paras air meningkat kerana berisiko menyebabkan renjatan. Sinar

Mangsa banjir 5 negeri terus meningkat, cecah 72, 297 orang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’

Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker