Konspirasi Langkah Sheraton 2?

Konspirasi Langkah Sheraton 2?

Veteran DAP, Lim Kit Siang meminta Kerajaan Perpaduan berjaga-jaga tentang kemungkinan berlaku konspirasi politik Langkah Sheraton 2 untuk menumbangkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih awal.

Beliau mendakwa, Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) telah menunjukkan perkara itu dengan jelas dalam perbahasan di Dewan Rakyat semalam.

“Walaupun dalang di sebalik konspirasi politik Langkah Sheraton 2 kini perlu sedar bahawa selepas undi percaya di Parlimen semalam, rancangan mereka ini tidak berkemungkinan untuk terjadi dalam beberapa bulan yang akan datang seperti yang dijangkakan mereka,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pada masa yang sama, Kit Siang percaya, usul undi percaya terhadap Anwar yang diluluskan Dewan Rakyat semalam mampu mengukuhkan kedudukan Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Perdana Menteri untuk lima tahun akan datang.

Beliau memberitahu, undi percaya tersebut telah memberikan kelegaan dan ruang untuk menetapkan semula hala tuju pembinaan negara dan bagi Malaysia menghentikan kemerosotannya.

Kit Siang menambah, walaupun Ahli-ahli Parlimen PN tidak membantah usul itu, adalah amat malang sekali apabila mereka memilih untuk berdalih mengenai perkara-perkara remeh dan bukannya menumpukan perbahasan kepada keperluan untuk menyelamatkan negara.

“Ahli-ahli Parlimen PN tidak mempunyai sebarang idea bagaimana untuk menghentikan kemerosotan Malaysia dan untuk membina semula Malaysia ke dalam dunia moden,” jelasnya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Ahli-ahli Parlimen PN mampu untuk bangkit serta meninggalkan polemik dan semantik bagi menyertai usaha untuk menyelamatkan negara supaya Malaysia boleh menjadi hebat semula. MG

Konspirasi Langkah Sheraton 2?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’

Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker