Mahkamah: Firdaus Wong lihat mesej dan gambar lucah yang dihantar oleh Ustaz Ebit Liew

Seorang saksi perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret di Tenom hari ini bahawa beliau ada melihat mesej dan gambar lucah dalam aplikasi WhatsApp didakwa dihantar pendakwah itu, dalam telefon bimbit pengadu.

Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), sebuah badan bukan kerajaan, Firdaus Wong Wai Hung iaitu saksi ketiga perbicaraan, berkata beliau melihat sendiri mesej dan gambar lucah itu di telefon bimbit pengadu wanita terbabit.

“Mesej pesanan suara dan gambar lucah yang saya nampak di telefon bimbit pengadu (wanita itu) adalah secara langsung di platform WhatsApp dan bukannya di tangkap layar,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa, Raya Zahida Zakaria hari ini.

Wong berkata beliau melihat mesej dan gambar berkenaan di telefon bimbit selepas bertemu dengan mangsa pada 7 Ogos tahun lepas.

Zahida: Bolehkah kamu camkan gambar dalam telefon bimbit pengadu?

Wong: Ya boleh, itu antara gambar yang saya nampak dalam telefon bimbit pengadu.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Ram Singh, mewakili Ebit, Wong bersetuju bahawa beliau telah bertemu dengan pengadu selepas laporan polis dibuat di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Ram: Anda juga memberi keterangan bahawa anda telag didakwa melihat telefon bimbitnya dengan mesej teks atau gambar semasa anda bertemu denganya selepas dia membuat laporan polis, betul?

Wong: Ya

Ram: Adakah anda tahu bila (pengadu) menyerahkan telefonnya kepada polis selepas dia membuat laporan polis?

Wong: Tidak tahu.

Ram: Jadi apabila anda berkata telah melihat mesej teks dan gambar dalam telefon pengadu selepas dia membuat (laporan polis)… adakah anda tahu pukul berapa?

Wong: Di antara selepas pukul 9 malam hingga lebih kurang 1 pagi.

Ram: Jadi yang ini adalah apabila anda bertemu dengannya di Hotel Ascott, Brickfields Kuala Lumpur bersetuju?

Wong: Ya setuju.

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung esok.

– Bernama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’

Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker