Terima kasih Anwar teruskan aspirasi Keluarga Malaysia – Ismail

Terima kasih Anwar teruskan aspirasi Keluarga Malaysia – Ismail

Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana meneruskan inisiatif kerajaan Keluarga Malaysia menerusi Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022.

Bekas perdana menteri itu berkata, inisiatif yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini sebahagian daripada aspirasi bajet kerajaan pimpinannya yang dibentangkan 7 Okt lalu.

“Ia turut mengambil kira semua aspek, khususnya untuk membela golongan B40 dan sebagai persediaan bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi yang diramal pada tahun depan.

“Malah, kerajaan terdahulu juga berusaha sedaya upaya memastikan kos sara hidup rakyat tidak melambung tinggi,” katanya di Facebook.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, antara inisiatif dalam bajet mini itu termasuk bantuan awal persekolahan, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan musim tengkujuh, kenaikan gaji tahunan tambahan khas dan bantuan khas kewangan untuk penjawat awam, serta penyediaan 50,000 peluang pekerjaan.

“Keputusan kerajaan Keluarga Malaysia pada Jun lalu untuk tidak menaikkan tarif elektrik di Semenanjung dengan menanggung kos sebanyak RM5.8 bilion, dan memberikan subsidi RM1.2 bilion kepada penternak untuk tidak menaikkan harga ayam serta telur antara usaha meringankan beban rakyat.

“Justeru, sekali lagi saya berterima kasih kepada perdana menteri kerana meneruskan aspirasi Keluarga Malaysia dan berharap nasib rakyat akan terus terbela,” katanya.

Terdahulu, Anwar mengumumkan bantuan tunai dilaksanakan kerajaan terdahulu akan diteruskan, dengan bantuan fasa 1 dikreditkan kepada penerima pada Januari depan.

Dewan Rakyat kemudiannya sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan RUU Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022. Bajet mini itu membabitkan peruntukan RM107.7 bilion. FMT

Terima kasih Anwar teruskan aspirasi Keluarga Malaysia – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’

Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker