SUHAKAM lebih ‘juarakan’ golongan songsang berbanding Islamofobia?

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam Malaysia (PEMBELA) meluahkan rasa kecewa dengan Laporan Separuh Penggal oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengenai Kitaran Ketiga Penilaian Berkala Sejagat (UPR).

Menerusi laporan tersebut, SUHAKAM antaranya mencadangkan kepada kerajaan untuk memiliki pendekatan inklusif terhadap hak untuk kesihatan yang merangkumi penjagaan kesihatan yang dapat diakses dan berpatutan kepada semua orang di Malaysia termasuk masyarakat yang rentan dan pelbagai seperti lelaki, wanita, non-binari, LGBTQ+ dan pekerja migran.

SUHAKAM juga mendesak Kementerian Pendidikan dan pihak berkuasa agama untuk berkomitmen dalam menjaga persekitaran pendidikan, di mana martabat kanak-kanak dihormati dan diskriminasi atas dasar orientasi seksual dan identiti jantina dihapuskan.

Jika diperhatikan, tidak ada sepatah pun perkataan ‘Islamofobia’ disebut dalam laporan itu, di mana terlalu banyak isu-isu pencabulan hak asasi di Malaysia juga berlaku antaranya pekerja dibelasah majikan kerana berpuasa.

Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya berkata, ia tidak pun disebut walaupun ianya isu nasional yang terang-terang mencabul hak seseorang.

“Malah, ‘Islam’ banyak disebut dalam konteks Islam yang menjadi masalah (bagi mereka), seperti isu murtad, pertikaian penjagaan anak, masalah jabatan agama dan mahkamah syariah.

“Yang lebih menghampakan lagi, kes Adib langsung tidak disebut. Tidakkah mereka memperjuangkan hak penjawat awam untuk bekerja dengan selamat?

“Alangkah baiknya jika kes Adib ini dibawa oleh SUHAKAM ke pentas dunia (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) sebagai pengabaian hak asasi penjawat awam, tetapi golongan songsang juga yang dijuarakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengingatkan bahawa SUHAKAM tidak ubah seperti wakil kerajaan dalam perihal hak asasi manusia di UPR, justeru apa yang ditulis oleh suruhanjaya itu secara tidak langsung adalah pendirian kerajaan.

“Saya dapat maklumat, bahawa Naib Pengerusi SUHAKAM adalah seorang ustazah dan dilantik atas latar belakang syariah yang dimilikinya.

“Apakah SUHAKAM mengabaikan input daripada beliau, ataupun beliau sendiri berdiam diri melihat kemungkaran-kemungkaran ini? Atau lebih teruk beliau sendiri memperjuangkannya?” soalnya.

SUHAKAM lebih ‘juarakan’ golongan songsang berbanding Islamofobia?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ronnie Liu Biadap! PEMBELA selar pihak pertahan penceroboh haram [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker