Pilihan raya atas nama demokrasi ketika negara masih diancam COVID-19 tidak wajar!

Tidak wajar pilihan raya diadakan atas nama demokrasi ketika negara masih dilanda ancaman pandemik COVID-19.

Justeru, kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disaran mengambil pendekatan dengan melaksanakan strategi tertentu sekiranya mahu mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam tempoh 60 hari seperti terkandung dalam peraturan pilihan raya.

Apa yang pasti, PRN Melaka sekiranya diadakan, akan menjadi ‘makmal penyelidikan’ terbaik bagi kerajaan dan SPR khasnya dalam persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.



Menerusi kenyataan bersama diterbitkan Berita Harian hari ini, Pengarah dan Felo Penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM) Research Institute for Indonesia, Thailand & Singapore (UUM-ITS) mengesyorkan beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan berhubung pelaksanaan PRN Melaka.

Antaranya mengadakan special voting arrangements (SVA) bertujuan meluaskan peluang pengundi khasnya dalam kalangan pengundi atau individu tidak dapat keluar mengundi atas sebab wajar.

Konsep SVA ini membolehkan pengundi untuk menunaikan hak untuk mengundi menerusi mekanisme alternatif yang mereka boleh membuang undi bagi diri sendiri pada hari pengundian di tempat mengundi tertentu ditetapkan SPR.

Dr Kamarul Azman Khamis dan Muhammad Afifi Abdul Razak menjelaskan, pelaksanaan mekanisme ini mampu mencapai dua matlamat penting berkaitan isu keselamatan pilihan raya, iaitu menjamin hak mengundi selaras prinsip demokrasi dan mengurangkan risiko kesihatan daripada dijangkiti virus COVID-19.



“Antara contoh SVA, undi secara pos, pengundian awal, pengundian menerusi peti undi bergerak dan mengundi secara proksi atau diwakili seseorang untuk mengundi.

“Data IDEA menunjukkan 204 negara mengguna pakai mekanisme SVA ini. Daripada jumlah ini, 35 peratus negara menggunakan kaedah pengundian awal, pengundian menerusi peti undi bergerak (31 peratus) dan undi pos (17 peratus), manakala 16 negara lain menggunakan kaedah undi secara proksi.

“Pun begitu, pelaksanaan SVA mesti disesuaikan keadaan pilihan raya di negara ini. Sekiranya pendekatan pertama tidak sesuai atas sebab tertentu, pelaksanaan ‘darurat’ di Melaka ialah pilihan kedua dan terakhir hingga tiba masa sesuai untuk PRN,” katanya.

Dalam usaha memenuhi tuntutan demokrasi, kedua-dua mereka berkata, banyak faktor mesti dipertimbangkan terlebih dahulu.



“Sememangnya kemelut politik sebaiknya diselesaikan dengan cara mengembalikan mandat politik kepada rakyat semula melalui pilihan raya,” katanya.

Pilihan raya atas nama demokrasi ketika negara masih diancam COVID-19 tidak wajar!


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Tuduhan pandu melulu sebab kematian 8 remaja, jurujual kekal bebas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker