Disuntik dadah dan diperkosa
Disuntik dadah dan diperkosa
Sydney: Seorang remaja berusia 14 tahun mendakwa disuntik dengan heroin, dirogol dan diseksa dengan penunu bunsen ketika diculik selama sebulan oleh seorang wanita.
Remaja yang tidak boleh dinamakan itu didakwa berjumpa dengan Elham Naaman, 24, di sebuah pesta di barat laut Sydney.
Daily Telegraph melaporkan polis mendakwa Naaman dan gadis muda itu memutuskan untuk bertemu semula di sebuah hotel pada petang 5 Jun lalu.
Hanya selepas beberapa minit masuk ke dalam kereta bersama Naaman, remaja itu diperkosa lelaki tidak dikenalinya dan ‘serangan’ menakutkan itu bersambung ke bilik hotel yang ditempah.
Dalam keterangan, mahkamah diberitahu bahawa gadis itu kemudian dikurung di hotel itu sebelum berpindah ke lokasi lain sehingga 6 Julai lalu.
Remaja itu mendakwa diserang secara seksual dan fizikal, diberikan dadah dan ditakut-takutkan sepanjang masa.
Bukti mahkamah menunjukkan gadis itu diberi dadah termasuk jenis GBH dan syabu termasuk disuntik heroin ketika dia dikurung tanpa kerelaannya.
Gadis itu juga diugut dengan penunu bunsen yang membakar skaf yang dipakainya.
Ketika ditahan, remaja itu dipercayai diserang secara seksual dan diancam dengan pukulan yang dipercayai membakar selendang yang dipakainya.
Naaman ditahan di barat laut Sydney pada Ahad lalu.
Dia didakwa menculik, mencuri, mengugut dan memiliki ubat terlarang termasuk merosakkan harta benda menggunakan api dengan niat sengaja untuk mencederakan remaja itu.
Naaman yang diwakili peguamnya Upol Amin mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu.
Polis akan menahan dua lagi wanita dan lelaki yang didakwa terbabit dalam kejadian menakutkan itu.
Wanita itu sebelum ini dipenjara dua tahun sembilan bulan atas pertuduhan mencederakan individu dan mencuri kenderaan dan sedang menjalani arahan parol.
Polis mendakwa wanita itu juga sudah didakwa dengan satu lagi pertuduhan lain iaitu membakar apartmen studionya pada 14 Ogos lalu.
Naaman didakwa membakarnya kerana mahu menutup bukti kejadian tikam yang berlaku di situ. HM
Disuntik dadah dan diperkosa
Baca Artikel Menarik :
- Adun Sindumin mulanya menafikan tetapi sah meninggalkan Warisan
- Norhizam tidak puas hati diarah serah kenderaan rasmi, dihalang guna pusat khidmat
- Polis sahkan terima laporan ‘abang e-hailing’ tunjuk kemaluan
- PRN Melaka: Nyawa rakyat dipertaruh demi kerakusan kuasa
- Petisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ terus dapat sambutan
- Ain Edruce kena kecam sebab over (Video)
- Dedah hubungan sulit, wanita bakar anak hidup-hidup
- UMNO tiada masalah tanpa Bersatu
- Idris akhirnya mengaku bertemu dengan Anwar bersama 3 Adun
- Resepi ubi kayu croquettes pasti sedap
- ‘Abang askar’ jilat tangan pekerja wanita kedai vape dicekup [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.