Uzbekistan sekolahkan Harimau Malaya

Uzbekistan sekolahkan Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya terus dirundung malang apabila tewas buat kali kedua pada aksi persahabatan antarabangsa selepas dikecewakan Uzbekistan 1-5 di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad negara kendalian Tan Cheng Hoe membuat rombakan dalam kesebelasan utama dengan merehatkan pemain naturalisasi, Guilherme de Paula dengan memberi ruang buat bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin untuk mengemudi jentera serangan negara.

Namun, kerapuhan benteng negara yang diketuai oleh kapten, Aidil Zafuan Abd. Radzak jelas kelihatan apabila tidak tenang ketika Uzbekistan melakukan serangan sehingga berjaya meraih gol pembukaan hasil ledakan Dostonbek Khamdamov pada minit ke-17.

Khamdamov yang mewakili kelab Pakhtakor Tashkent meledak gol kedua peribadi selepas menanduk masuk hantaran yang dilakukan oleh pemain perancang, Jaloliddin Masharipov pada minit ke-29.

Pertahanan negara terus rapuh apabila memberi ruang buat Husain Norchaev meledak gol ketiga berselang empat minit kemudian selepas bijak menyudahkan hantaran daripada bek kiri, Farrukh Sayfiev.

Skuad Harimau Malaya akhirnya tersenyum selepas berjaya meraih gol saguhati hasil penyudah yang dilakukan oleh pemain Kedah Darul Aman (KDA FC) pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung pada babak kedua, Cheng Hoe merombak pasukan dengan memberi peluang buat De Paula, Fayadh Zulkifli dan Mukhairi Ajmal dalam usaha terus memberi saingan buat pasukan yang menduduki ranking ke-84 dunia itu.

Bagaimanapun, Uzbekistan terus mudah menguasai perlawanan dengan meledak gol keempat hasil gerakan cantik yang berjaya disudahkan pemain gantian, Ibrokhimkhalil Yuldashev pada minit ke-69.

Penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat tewas buat kali kelima apabila seorang penyerang gantian, Azizbek Amanov terus menghukum skuad kebangsaan dengan gol pada minit ke-88 untuk memastikan keputusan 5-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sebagai rekod, skuad negara terlebih dahulu tewas kepada pasukan Jordan 0-4 pada aksi persahabatan antarabangsa pertama pada Rabu lalu. K Online

Uzbekistan sekolahkan Harimau Malaya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker