Rakan baik di sekolah jadi ibu tiri

JAKARTA – Seorang wanita menerusi aplikasi sosial TikTok mendedahkan rakan baiknya ketika sama-sama belajar di sekolah menengah kini merupakan ibu tirinya, lapor laman Suara.com semalam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok bernama @fiithryyyy_22 itu, dia dilihat merakam gambar dengan salah seorang rakannya sambil memakai pakaian seragam sekolah yang sama.

“Rakan seperjuangan saya jadi ibu di rumah,” tulis keterangan pada video tersebut.

Wanita itu kemudiannya dilihat bergambar bersama seorang lelaki yang merupakan bapanya yang telah berkahwin dengan rakannya itu.

“Dia merupakan rakan sekelas saya di sekolah menengah dan ini pula adalah bapa saya.

“Mereka berkahwin pada 28 Ogos dan disatukan sebagai pasangan hidup,” demikian keterangan yang ditulis pada video tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 7.8 juta kali.

Ruangan komen bagaimanapaun ditutup oleh pemilik akaun, mungkin bagi mengelak daripada menerima komen-komen yang kurang menyenangkan. – AGENSI

Rakan baik di sekolah jadi ibu tiri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bantulah pakcik, susah sangat hidup ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker