PM yang calonkan nama saya – Ahmad Maslan

PM yang calonkan nama saya – Ahmad Maslan

Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan pencalonan beliau sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Dewan Rakyat dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata, pencalonan itu dibuat selepas Mesyuarat Kerja Tertinggi UMNO (MKT), hari Jumaat minggu lalu.

“Hari ini saya memaklumkan bahawa perdana menteri yang mencadangkan nama saya. Saya tidak sebarkan sebelum ini.

“Maka saya akui hari ini saya adalah calon tunggal untuk jawatan timbalan speaker,” katanya dalam sesi Terus Terang bersama UMNO Online.

Ditanya adakah beliau tidak terkilan kerana dalam kalangan setiausaha parti politik kerajaan hanya beliau sahaja yang tidak menjadi menteri sebaliknya hanya timbalan speaker, Ahmad berkata: “Ya Rabbi. Itulah hakikat politik.

Beliau yang berhasrat untuk menjadi timbalan speaker yang berwibawa secara berseloroh berkata, jika menang, beliau ada kuasa penukul dan boleh mematikan mic.

Ditanya mengenai statusnya yang digelar ‘kluster mahkamah’, Ahmad berkata, jenama itu dibuat oleh pembangkang justeru ia tidak perlu diperbesar-besarkan.

Lagipun, katanya, beliau tetap memegang prinsip selagi tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah, selagi itu layak untuk bertanding.

Ahmad berkata, kes mahkamah yang dihadapinya belum pun dibicarakan dan masih di peringkat pengurusan.

“Bukan saya di pihak kerajaan sahaja yang menghadapi pertuduhan politik, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak pun berdepan tuduhan ini.

“Tapi di pihak pembangkang, Lim Guan Eng dan Syed Saddiq Abdul Rahman juga, di sini ada persamaan – iaitu kami sama-sama boleh masuk Dewan Rakyat.

“Kalau boleh masuk Parlimen, kami belum didapati bersalah,” ujarnya sambil mengingatkan pihak-pihak yang menjaja istilah kluster mahkamah jangan cepat menuduh.

Ahmad menegaskan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya sebagai mangsa politik disebabkan ketiadaan Akta Pendanaan Politik menyifatkan semua yang berlaku adalah takdir Allah.

Sebagai orang Islam, beliau percaya ada hikmah dan berlapang dada.

“Walaupun dizalimi, semoga Allah memberi hidayah kepada yang membuat fitnah dan semoga saya dibebaskan dari tuduhan,” kata beliau. MG

PM yang calonkan nama saya – Ahmad Maslan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker