Bapa kudung rogol anak OKU dipenjara 15 tahun

Gambar Hiasan

Bapa kudung rogol anak OKU dipenjara 15 tahun

Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini memutuskan seorang penjaja kudung tangan dihukum penjara 15 tahun dan 10 sebatan atas kesalahan merogol anak kandungnya orang kurang upaya (OKU).

Memetik laporan Berita Harian, tertuduh berusia 50 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya yang berusia 16 tahun empat bulan ketika kejadian apabila perhubungan dengannya tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat atau berkahwin dengannya.



Kesalahan itu dilakukan di dalam bilik sebuah rumah di Kuala Krai, kira-kira jam 11.59 malam pada 18 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara lapan tahun hingga 30 tahun dan 10 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang tidak boleh menggerakkan kedua-dua kakinya mengatakan bahawa dia dirogol oleh tertuduh pada Mac 2017 iaitu seminggu selepas kematian ibu tirinya.

Sejak itu, mangsa berkata dia kerap dirogol oleh bapanya dan kejadian lebih 30 kali di dalam bilik tidurnya.



Berdasarkan siasatan, terdapat satu rakaman video tertuduh sedang merogol mangsa yang dirakam sendiri oleh remaja itu menerusi telefon bimbitnya.

Video itu jelas menunjukkan bahawa tertuduh merogol mangsa tanpa kerelaannya. Siasatan juga mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalnaa memohon mahkamah memberi hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh yang sanggup melakukan perbuatan itu terhadap anaknya, yang juga OKU fizikal.



“Tertuduh sepatutnya melindungi anaknya dan bukan melakukan perbuatan keji terhadap remaja itu,” katanya. FMT

Bapa kudung rogol anak OKU dipenjara 15 tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Akibat rintihan, Mila Jirin dipanggil hadap menteri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker