Batal Semakan Pulau Batu Puteh, PH Bagi Alasan Rujuk Peguam Luar Negara Mana

Oleh Nurul Aisyah

APABILA kita bercakap berkenaan kedaulatan negara sudah tentu kita tidak boleh menggunakan buah fikiran orang asing untuk memberi nasihat atau pandangan kerana mereka tidak akan menjaga kepentingan rakyat negara kita.

Berlainan pula dengan kerajaan Pakatan Harapan(PH) pimpinan Dr Mahathir Mohamad semasa pentadbiran gabungan itu selama 22 bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14(PRU-14). PH membatalkan idea memohon semakan keputusan kedaulatan Pulau Batu Puteh, tiga tahun lalu (Datuk Seri Najib menjadi PM), selepas mengambil kira pandangan konsultan perundangan asing, menurut dokumen mahkamah.

Peguam luar negara mana yang kerajaan PH rujuk. Adakah PH ini sebenarnya merupakan boneka kerajaan asing?

Menurut Najib, ketika kerajaan PH menulis kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 28 Mei 2018, selepas PRU-14 untuk tarik diri daripada rayuan untuk pengembalian Pulau Batu Puteh, Peguam Negara yang dilantik ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN), Mohamed Apandi Ali telah direhatkan serta-merta dan tidak pernah dirujuk berhubung kes itu.

Tommy Thomas pula hanya mengangkat sumpah untuk menjadi Peguam Negara pada 4 Jun 2018, iaitu selepas kerajaan PH telah tulis surat untuk tarik tuntutan Pulau Batu Puteh.

Siapakah dan atas kuasa apakah peguam luar negara yang menasihat Mahathir serta kabinet PH (termasuk Muhyiddin yang merupakan Menteri KDN) yang bersetuju dengan keputusan menarik tuntutan semakan Pulau Batu Puteh?

Dokumen mahkamah menunjukkan, Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, berpandangan semakan tidak perlu diteruskan kononnya demi kepentingan negara, termasuk mengambil kira faktor kos. Ini sangat tidak masuk akal.

Kerajaan PH menegaskan mereka berhak memfailkan permohonan membatalkan permohonan semakan berkenaan. Malah kerajaan PH tidak memberi penjelasan bagi pembatalan permohonan itu walaupun ada bukti baharu yang mengukuhkan tuntutan Malaysia terhadap Pulau Batu Puteh itu.

Kini pasukan petugas khas diwujudkan bagi semakan semula undang-undang berkenaan kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh. Usaha ini bertujuan untuk menyemak semula undang-undang berkenaan permohonan semakan dan pentafsiran berkenaan kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh. Pasukan petugas khas ini akan dipengerusikan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Pada masa yang sama, Jemaah Menteri juga telah membuat keputusan untuk mendapatkan pandangan undang-undang awal berkenaan tindakan undang-undang di bawah “Tort of Misfeasance” ke atas mana-mana pihak yang didapati telah melakukan kecuaian dan kekhilafan ekoran tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh

Kerajaan PH dituntut agar menjelaskan keputusannya menarik balik permohonan itu, selain deklarasi bahawa ia cuai dan melanggar kepercayaan yang diberikan rakyat negara ini. Mereka juga dituntut untuk membayar minimum RM10 juta pampasan kepada setiap rakyat Malaysia kerana kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh yang turut dikenali sebagai ‘Pedra Branca’.

Perkara yang melibatkan kedaulatan negara tidak boleh diambil ringan. Para petualang perlu dibawa ke muka pengadilan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker