Inara Rusli menangis dapat bercerai dengan Virgoun

Inara Rusli menangis dapat bercerai dengan Virgoun

Jakarta : Komposer dan penyanyi, Virgoun, 37, akhirnya sah bercerai dengan isteri, Inara Rusli secara undang-undang oleh Pengadilan Agama Jakarta di sini, selepas menjalani proses hukum yang panjang.

Inara yang hadir bersama peguamnya dilaporkan menangis gembira selepas keputusan perceraian itu yang diumumkan dan dibacakan oleh pihak pengadilan kerana berhadapan konflik rumah tangga yang lama.



“Saya sangat ‘excited’ (teruja) sampai bingung tak tahu nak jelaskan bagaimana perasaan saya sekarang apabila sudah sah bercerai.

“Perjuangan saya selama ini tidak sia-sia. Jadi, ini bukan menangis sedih tetapi lebih kepada terharu. Apa yang saya percaya dan perjuangkan sejak dari awal tidak sia-sia dan janji Allah itu benar,” katanya kepada media tempatan.

Tidak hanya itu, Inara juga amat bersyukur kerana banyak tuntutannya dipersetujui oleh majlis kehakiman, termasuk hak penjagaan ke atas dua cahaya matanya.

“Alhamdulillah, banyak tuntutan yang saya buat dipersetujui majlis hakim dan syukur kepada Allah di atas urusan yang dipermudahkan ini, terutama hak penjagaan anak-anak saya,” katanya.



Inara dikatakan mendapat hak penjagaan anak, nafkah idah dan muta’ah, harta sepencarian serta hasil royalti daripada karya lagu Virgoun.

Pada proses undang-undang perceraian itu, Virgoun atau nama sebenarnya, Muhammad Virgoun Putra Tambunan yang pernah popular dengan lagu Surat Cinta Untuk Starla, tidak hadir.

Terdahulu,Virgoun dan Inara berkahwin pada 2014. Namun, konflik rumah tangga pasangan ini tercetus apabila Virgoun mengaku curang bersama wanita lain. HM

Inara Rusli menangis dapat bercerai dengan Virgoun



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud



Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?



Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker